Wednesday, May 22, 2013

Butter Roll

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Entry roti pulak lah... Antara resepi yang paling lama terperap dalam simpanan. Asyik nak cuba tapi tak cuba-cuba juga. Punya la banyak virus M dalam badan saya neh... Minggu lepas kot saya buat roti ni. Tak guna BM, saya hanya adun 15 minit (uli manual 15 minit) guna mixer KENWOOD dengan mata cangkuk je. Bukan apa, adunanannya tak banyak, kang malas pulak nak kemas2 BM tu. Cuma masa nak penaikkan tu saya guna manual la. Tutup adunan dengan tuala dan letak tempat panas sikit. Ambil masa jugak sebab saya buat petang dan tak berapa nak panas.
 

Bentuk jangan cakap la. Hilang semua rollnya. Masa tengah penaikkan canteeekkkkkk je, sekali bila dah masak hambik kau semua gebu geban siott...


Plan nak tabur bijan kat atas tu tapi tak ada pulak dalam simpanan. Jadi saya tabur sikit dengan nestum. Dalam satu adunan tu saya dapat 8 biji roll yang semuanya sihat-sihat dan gebu-gebu belaka. ^^


Daripada 8 biji, 6 saya buatkan ala sandwich (tuna) dan selebihnya saya simpan. Dua hari dalam peti sejuk, bila nak makan saya hangatkan dalam oven panas, Alhamdulillah lembut semula. Untuk resepi inti tuna tu terpulanglah pada citarasa. Saya hanya campurkan tuna dengan bawang besar cincang, lada hitam, sos cili dan mayonis je. So simple...


Memang puas hati dengan resepi ni. Dalam dok was-was takut tak jadi, nasib baik la menepati piawaian pembuatan roti. Kalau korang teringin tu boleh la cuba sendiri ya... TQ pada Kak Yani yang sudi kongsi resepi ni.

BUTTER ROLL

Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
*******************
telur untuk sapu saya buat milk wash

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
Keluarkan dari breadmaker. Bahagikan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
Kemudian buatlah biar jadi bentuk kon
Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C. Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar.


********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. nampak mudah .. kat rumah ada tepung roti .. bolehlah cuba ..

    ReplyDelete
  2. amboiii.. terus terrrr lapar bunyi perut ni... sedap nampak bila dah isi inti kat tengah tu, nak shared resepi ni skali.. nanti senang2 nak wat sendiri.. :)

    ReplyDelete
  3. CHEQSUE kak Ros pernah buat. Roti tu jadi rengkang terkangkang..tak cantik.Jeles tengok Chesue punya la.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]