Tuesday, May 14, 2013

Triple A's Pusing Kampung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Corat-coret 4 Mei 2013. Inilah anak-anak yang kehilangan ibu dan abah, beberapa hari jugak mengekor makcik kerana ibu di KL bertugas untuk PRU 13 dan abah pulak di Pasir Puteh sebab takleh nak tunjuk muka pada Amar, nanti ditunjukkan muka sedih... Nak buuuu...katanya.

Jadi makcik dedicatekan untuk korang gambar2 ni ya. Satu petang pegi jalan2 round kampung, tengok pokok2, ulat2 dan binatang yang korang takleh jumpa di Kolumpo.


Makcik jumpa bunga pucuk manis, tampal dekat dahi budak-budak... ^^


Tiga beradik, triple A... pantang ajak terus je on.


Amar marah. Makcik suruh posing nak snap gambar tapi Anisa sibuk nak jalan. Kena cubit jugak la dia. Amar tu jangan buat main, bengkeng budaknya. Sekali kena lepuk sakit jugak weh...


Konon nak buat peace, tapi tak reti. Last2 lima2 jari yang naik.


Anisa merajuk, Amar lak sibuk nak suruh makcik pujuk. Dalam hati ada taman weh...


Dah setat dah... Paling suka menangis + merajuk. Kalau dah mula ni memang naik temper la makcik. Masa ni kena tengking, makcik kata kalau nangis tak bawak gi Pasir Puteh. Ha ha ha... Lagi la melalak budak tuh!


Haaaaah, kasi zoom sikit. Kalau dah menangis, memang lambat la nak berhenti. Anisa ooooooooo Anisa.... Kot ada anak nanti entah camana la ya.... Chowww!

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]