Friday, May 10, 2013

Bubur Oat Lobak Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Jumaat buat semua sahabatku. Semoga hari ini memberikan keberkatan buat kita semua. Tiga hari berkerja, tau2 dah nak cuti esok... Seronoknya!!

I have no idea tau sebenarnya  bila tengok Tun publishkan bubur oat dan lobak merah di blognya. Haiyyyoooo, saya sangat2 susah nak terima makanan berasaskan oat, yang lepas saya telan hanya oat + milo + susu sahaja, kalau kata bubur ke apa ke memang lambat sikit la nak lepas. Rasanya yang agak melekit tu memang menyiksakan saya... ^^

Tapi kebetulan baru2 ni saya buat carrot susu, dan hasil tapisan carrot tu ada banyak la pulak, jadi saya pun tergerak hati la nak mencuba setakat mana rasanya bubur oat ni. Ejas punya ejas, saya pun masaklah 3/4 pot nasi dan di campurkan dengan hampas lobak merah sebab itulah bubur ni macam kekuningan sikit. Di dalamnya juga saya masukkan sekali 2 biji kentang yang dipotong dadu, sebabnya saya memang tak suka bubur kosong gitu aje. [Banyak songeh...]


Bila dah masak tu, mmmmm macam ok la jugak rasanya di makan panas2. Tak adalah rasa oat sangat tetapi tekak sensitif saya memang awal2 menolak. Nak habiskan semangkuk ni, kata orang Kelantan "kembang tekok" la jugak. Apapun, satu perkongsian yang baik dari Tun, terima kasih ya... mungkin lain kali kalau buat tu kena kurangkan lagi kuantiti oatnya. Terima kasih Tun....


BUBUR OAT DAN LOBAK MERAH
Resepi : tun telani

Bahan2:
1 mangkuk nasi saya guna 3/4 pot beras
3 mangkuk air
½ cawan oat
1 btg lobak merah- sagat halus
½ kiub ayam
1 inch halia- hiris halus
Garam secukup rasa
Saya tambah 2 biji kentang dadu, didihkan bersama beras
 
Bahan tabur:
Ikan bilis goreng, Cili merah- hiris, Lada hitam, Bawang goreng

Cara2:
Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur.
Masukkan oat dan kacau sebentar.
Perasakan garam.
Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam dan bawang goreng.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

4 comments:

  1. salam cheq sue..

    bubur oat ni memang sedap..oat sangat2 bagus untuk jaga kesihatan n kurangkan kolestrol..kalau sya suka makan bubur oat dengan susu..yummy..

    ReplyDelete
  2. Salam Cheq Sue,
    umi tak pernah makan bubur oat tapi kalau makan oat tak boleh kosong je..mesti letak assesori..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    ni kalau saya makan bubur mmg tak cukup semangkok..
    kat kampung kitorang panggil MOI.. tak kesah la moi nasi ka.. moi a.k.a puri apa2.. semua moi belaka.. :)

    ReplyDelete
  4. As-Salam Cheq sue..selamat berkenalan.bestnya bubur awak.nanti jadi kawan kat dapur kita pula ye!...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]