Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sesi membalas dendam dek kerana roti naik tok mak yang tak berapa menjadi. Kali ini saya cuba pulak roti naik Liza Othman seperti yang telah dibuat oleh Kak Yatie. Saya hanya buat roti manis saja. Alhamdulillah ianya menjadi, lembut dan ringan. Daripada satu adunan tu saya dapat 20 biji bun manis, yang saya bakar sekaligus di dalam loyang 10' x 10'.
Sedap dicicip bersama teh O panas. Memang puas hati la dapat makan roti panas. Kalau bukan dengan teh O pun, makan gitu saja pun sedap. Korang yang nak buat roti jangan risau la, dengan menggunakan resepi ni insyaAllah roti tu akan jadi.
Ceh...hampeh betul gambar ni. Kalau diperatikan, tetibe je ada sekoq lalat kat atas roti. Haishhhh, potong setim betoi... Sekarang ni kalau siapa yang datang ke CH mesti perasan ada banyak lalat, kan? Di rumah saya sendiri, letih nak menghalaunya. Sekarang ni memang musimnya la tu. Dengan cuaca lembab lalat memang mudah membiak.
Gambaran sebelum dan selepas. Boleh tengok la betapa gebunya roti yang belum masuk oven tu. Rupa memang tak cantik, tak licin permukaannya. Sebelum ditabur dengan gula halus, saya spraykan sikit dengan air supaya roti tidak hangit. Nanti korang jangan lupa cuba jugak tau... TQ pada Kak Yatie yang sharekan resepi ni. Juga pada empunya tuannya...
ROTI
NAIK - LIZA OTHMAN
Resepi
: FB Liza Othman
Sumber : Kak Yatie
Bahan-bahan
1 biji telur
campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm
500gm tepung roti
(400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
40gm susu tepung
100gm gula kastor
11gm yis atau
sepeket yis
80gm
marjerin@butter
1 sudu kecil bread
softener
1 sudu kecil bread
improver
Cara-cara (Kaedah
Breadmaker)
Masukkan semua
bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
Pilih setting DOUGH
dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1
1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan bulat2
kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah
digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn
susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
Jika suka taburkan
gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
Sejurus keluar dari
oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~
Assalam.. lama tak singgah blog cheqsue..dah bertukar wajah :))
ReplyDeletepsstt..memang nampak gebu gebana roti tu..hihhi
assalam cheqsue..
ReplyDeletesinggah sini nak makan roti.. sakit tekak ni, nak makan roti cheqsue gak.. sedapnya cheqsue.. menjadi roti ni.. suka tengok orang wat roti menjadi belaka..
menarik rupanya, bole cuba ni...cantik naik gebunya
ReplyDeletemmg gebu je naik roti tu, ada lg tak? hihihi
ReplyDeletesalam cheq sue..
ReplyDeleteui, gebunya roti..bestnya kalau dapat makan roti petang2 gini..
salam CheqSue.sedapnya klu dapat mkn roti cicah kopi ptg2 camgini :D
ReplyDelete