Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Saya memang menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Korea. Tak tahulah, bila cerita pasal Korea ni perasaan macam di bawa ke awan biru je. Rasa macam terbuai-buai je bak kapas berterbangan di udara. Haish... dapat peluang nak ke sana tahun depan, tapi atas beberapa perkara saya tak dapat pergi. Ralat memang ralat tapi tak mengapalah. Tengok je KBS 391, sekejap je dah sampai ke sana. ^^

Jadi dalam kesempatan yang ada baru2 ni, saya cuba buat bori cha, iaitu sejenis teh Korea yang berasaskan barli. Nama pun teh Korea, langsung tak dibubuhnya gula. Kalau diperhatikan, masakan Korea ni tak menggunakan rempah yang banyak macam masakan kita. Mereka mengamalkan gaya pemakanan sihat dan makan secara seimbang tak macam saya yang makan apa sahaja. Hooooo ho ho.
Setelah dapat meneguknya barang seteguk dua, saya andaikan teh ni macam kulit roti hangit. Memang ada aroma hangit kerana barli yang disangat terlebih dahulu. Sejujurnya saya suka, kena dengan selera saya. Sedap diminum sejuk atau suam. Kalau ada yang nak mencuba tu sudi-sudikanlah...Opsstt, selamat bercuti buat semua cikgu cikgi dan bebudak sekolah ^^
KOREAN BARLEY TEA (Bori Cha)
Resepi : Korean Food
Ingredients:
2 Tbsp roasted barley*
8 cups water
Preparation:
In a small pot, bring
barley and water to a boil.
Reduce to simmer, cover,
and cook for 20 minutes.
Serve immediately or
store in the refrigerator and serve cold.
Saya renihkan sehingga separuh dan tambah 2 sb gula pasir.
*If you cannot find the roasted barley, you can make your own by toasting barley in a saute pan over medium heat for 5-10 minutes, or until the grains turn a dark brown color.
*If you cannot find the roasted barley, you can make your own by toasting barley in a saute pan over medium heat for 5-10 minutes, or until the grains turn a dark brown color.
********** (^__^) **********
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya.
~ Wassalam ~
Cheq Su..i miss you..lama tak jenguk sini..bukan sini je..banyak dapur yg mieza tak sempat nak jenguk...tetiba datang sini ada air sedappppp! trus ilang dahaga ni haaaa Selamat cuti sekolah cheq su
ReplyDeleteMusim panas mencetang ni daspat segelas air barli memang bagus.... badan jadi sejuk sikit. Nampak special pulak minuman bori cha korean barley tea tu Cheq Sue.
ReplyDeletenampak cm sedap jer!!
ReplyDeleteChe Sue kami anak beranak peminat tegar drama Korea. rumah Kak Ros 24 hrs chanel korea...kadang-kadang terpikir.. a bit crazy kot. Memasang angan2 untuk ke korea juga tahun depan...insyaalah..nanti kak ros nak cuba minuman ni..Selamat bercuit ya cikgu.
ReplyDeletesalam cheq sue..
ReplyDeletenampak menarik minuman tu..