PAGES

Thursday, May 23, 2013

Sandwich Krakers Tuna Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesi menghabiskan sekut kering dengan inti tuna, belen buat tuna sandwich roll. Dah lama nak cuba sekut goreng macam ni tapi dok kiv memanjang, baru minggu lepas dapat cuba.  Bila sekut dah mula nak lemau, bila tuna dah tak boleh nak simpan, kena la jugak gagahkan diri untuk buat sebagai kudap-kudapan.


Agaknya adunan yang saya buat tu tercair kot, tak banyak tepung yang melekat pada biskut. Tapi apapun sedap jugak dok ngap-ngap sambil tengok tv. Cicip pulak dengan sos cili untuk kurangkan rasa muak  berminyak. Saya buat berbuka puasa, kenyang sampai ke pagi.



Buat yang nak mencuba saya copy semula resepi kat bawah. Kalau nak buat ejasmen terpulang la pada citarasa masing-masing. Tq pada Acha yang berkongsi resepi ni..

SANDWICH KRAKERS TUNA GORENG
Resepi :  acha@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5-6 0rang )
1 bungkus biskut cream cracker (tiger) saya guna biskut cap ping pong
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tin sardin (dihancurkan isi sardin nya)
2 sudu sos cili
1 sudu tepung kari
sedikit garam,perasa dan gula

Bahan lain:
tepung gandum, tepung beras, sedikit garam, pewarna kuning@serbuk kunyit
minyak utk menumis dan menggoreng

Cara-cara
Tumis bwg besar dlm sedikit minyak,masuk tepung kari dan sos cili
Kemudian masuk sardin yg dh dihancurkan tadi. Selepas itu masuk garam/perasa dan gula.
Setelah itu sapukan sardin ke ats cream cracker dan lapis dgn 1 keping cream crackers.
buat smpi habis.
Dlm bekas lain tepung gandum,tepung beras disatukan dgn air seperti adunan tepung pisang goreng. Campur sedikit pewarna kuning atau boleh ganti dgn sebuk kunyit.
Celupkan cream creakers tadi kedlm adunan tepung dan goreng kedlm minyak yg sederhana byk/panas sampai kekuningan dan ranggup.
Angkat toskan dan potong 2 seperti sandwich.sedap n simple...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. wah kreatifnya...anak-anak mesti suka ni selian buat sandwich ngan roti...best ni!

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue…..ala2 roti sardin goreng deh….kreatif ni

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue..

    wah, kretifnya..bleh buat cam gini..simple dan pasti sedap kan..

    ReplyDelete
  4. Sekut jadi rotikan Cheqsue??? semua pun sedap.

    ReplyDelete
  5. sedap nmpk biskut goreng ni. boleh cuba nanti

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]