PAGES

Wednesday, May 15, 2013

Kek Span Coklat & Aising Krim Keju

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Balik kampung mengundi baru2 ni, saya bawa bersama sebiji kek yang dibuat di CH, maklumlah ada anak buah dari KL yang balik, sedap sikit nak makan ramai2. Bukan kek apa pun sebenarnya...nak buat yang ditempah tetapi rasa macam terkecil pulak saiznya. Kek ok, gebu elok aje tapi tak menepati saiz yang dikehendaki. Jadi saya ejas la sikit, buat CC buttercream. Lagipulak masa tu whip cream dah habis ^^


Antara "pelanggan" tetap saya. Anisa dan Amar yang berjauhan dari ibu dan abah kerana tuntutan PRU 13. Tengok ajelah gambar tu, budak2 tak menipu tau...


Simple je deco untuk kek ni. Nak makan2 sendiri aje kan. Saya kurangkan sedikit aising di bahagian luar sebab dah lebihkan di bahagian dalam. Memang sedap rupanya CC aising ni digandingkan dengan kek span coklat. Kalau dapat makan sejuk2 tu lagi sedap. Tambah lagi dengan masam2 jem epal... Waduhhhh..

 
Potongan di dalam. Cukup berpuashati dengan hasilnya. Memang puas makan. Saya masih menggunakan resepi kek span coklat yang sama seperti sebelum ini manakala buttercreamnya saya menggunakan resepi Kak Zati dengan membuat sedikit ubahsuai. Dengan menggunakan shortening, aising yang terhasil lebih lembut serta tidak terlalu terasa minyaknya. TQ...
 
CHEESE BUTTERCREAM
Resepi : Buku Panduan Asas Menghias Kek - Zati D'Hati
 
Bahan-bahan :
250 cream cheese (suhu bilik)
125g mentega saya ganti dengan shortening
120g gula aising
1/2 sk perisa lemon saya masukkan jem epal
 
Cara-cara :
Putar cream cheese sehingga lembut dan tidak berketul
Masukkan mentega dan putar lagi
Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

  1. salam cheqsu, nampak sedap tu kek apa lagi tengok adik2 dua orang tu makan macam yang tua ni nak jugak rasa heeee, boleh akak try nanti suatu hari yg tak sibuk..

    ReplyDelete
  2. salam cheqsue..

    padanan icing chez buttercream n kek coklat tu memang ngam..pasti sedap.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]