PAGES

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru ^_^

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
16 Mei, tarikh keramat, tarikh istimewa buat semua yang bergelar guru atau pendidik. Pada tarikh ini di setiap tahun, sambutan Hari Guru diadakan sebagai meraikan para guru yang banyak memberi tunjuk ajar pada anak-anak didik mereka. Walaupun pada masa kini pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, profesyen keguruan tetap dimartabatkan pada aras tertinggi. Segala keluh kesah bidang pendidikan sebolehnya dihadapi dengan tenang dan sedaya upaya.


Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 10 saya bergelar pendidik. Jangka masa 10 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Dah terlalu banyak yang dihadapi walaupun hanya 1 sekolah sahaja saya bertugas setakat ini. (Masih juga memasang impian untuk berkhidmat di negeri sendiri InsyaAllah). Segala suka duka ini akan selamanya tersemat di dalam hati. Bersempena hari ini, bukan hadiah atau penghargaan yang diingini, cukup sekadar ucapan terima kasih dan kejayaan yang diberikan.

Buat semua warga SEMEKAR, saya ucapkan selamat hari guru, semoga terus sukses dalam apa jua yang kita buat. Semoga kita semua akan terus aman harmoni di dalam pergaulan juga bersama anak-anak pelajar kita membina impian. 

Buat guru-guru yang banyak mendidik saya, di SK Telosan, SMK Jeram, Matrikulasi Yayasan Pelajaran Johor, Universiti Putra Malaysia dan Maktab Perguruan Batu Pahat, kerana jasa andalah saya berada di sini. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan pada saya dan terima kasih dari hati ini.

Buat kakak saya di Kuala Lumpur, selamat hari guru juga diucapkan, semoga beliau beroleh kesejahteraan sentiasa untuk meneruskan perjuangan. Dan kepada rakan-rakan blogger seperti Nuni, Cheq Da, Nur, Kak Hana dan Kak Amie (sekadar menyebut nama yang saya tahu) selamat hari guru buat anda semua.

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]