PAGES

Wednesday, July 31, 2013

Nasi Ayam (Kak Amie)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Kata orang, pada bulan puasa ni la selera kita menjadi lebih sukar untuk dimengertikan. Ewahhh...kalau di siang hari tu awal2 lagi dah fikir nak makan apa, nak masak apa. Kalau ke pasar Ramadhan tu rasa semua macam nak beli. Begitu juga halnya dengan saya. Satu hari tu tetiba je saya rasa nak makan nasi ayam. Pergi ke pasar Ramadhan Brinchang tak ada pulak rupa nasi ayam yang menarik perhatian. Nak buat sendiri di rumah geng masak tu nak habiskan lauknya dulu. Jadi nak tak hendak saya buatlah jugak dua hari kemudian dengan menggunakan resepi Kak Amie.

Memang dah lama pun saya nak cuba resepi tu, tapi dari sehari ke sehari tak buat2 jugak. Sebenarnya kalau sebut nasi ayam, ada pelbagai versi dan cara yang saya pasti masing2 sedap semuanya. Dengan menggunakan resepi Kak Amie ni, ada sedikit kelainan dalam penyediaan nasi. Kalau sebelum ni saya buat ikut suka je, tapi cara yang dikongsikan Kak Amie ternyata kena dengan selera saya. Gabungan semuanya ni memang lengkap dan sedap. Puas hati dapat menikmati nasi ayam buatan sendiri. *_*


Untuk resepi ni saya hanya buat 1 cawan beras sahaja. Cukup makan 2 orang dan ada sedikit lebih untuk bersahur. Tengoklah ayam tu kecil bebenor bila dah masak. Hiiii... Untuk kawan2 sampingannya tu ada yang saya ikut resepi, ada yang tidak. Seperti kicapnya tu saya ikut macam Kak Amie. Untuk sos cilinya saya cuma guna sos cicah Thai dan dicampur dengan air dan cili. Untuk supnya tu macam biasalah.


Terima kasih pada Kak Amie yang berkongsi resepi sedap ni. Saya copy semula dibawah untuk rujukan akan datang.
NASI AYAM
Resepi : Kak Amie

Resepi Nasi
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi  (rendam selama 20 minit) - boleh gunakan beras wangi atau beras biasa saya guna beras Moghul Faiza (1 cawan : 2 cawan air)
5 cawan air rebusan ayam
1 sudu makan stok ayam pekat MAGGI
4 sudu makan marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - siat-siat

Cara:
1. Panaskan marjerin di dalam periuk sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Tumis sehingga harum dan layu.
3. Masukkan air rebusan ayam dan stok ayam pekat. 
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
5. Biarkan sehingga nasi masak.

Resepi Ayam (Goreng)
Bahan-bahan:
2 keping daging ayam bahagian peha
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 cm halia - tumbuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu makan minyak bijan - jika tidak suka, tak perlu bubuh
minyak

Cara:
1. Cuci dan toskan daging ayam sehingga kering.
2. Perap ayam bersama bawang putih, halia, lada putih, serbuk kunyit, sos tiram, kicap pekat dan minyak bijan selama 1 jam.
3. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
4. Angkat setelah daging ayam masak atau berwarna emas keperangan.

Resepi Ayam (Rebus)
Bahan-bahan:
1 keping daging ayam bahagian peha
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 6
3cm halia - pecahkan
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
1 liter air
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan kicap cair
1 tangkai daun ketumbar - hiris

Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan daging ayam, bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Renih daging ayam dengan api sederhana.
4. Setelah daging ayam empuk, masukkan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa.
5. Keluarkan daging ayam dari periuk dan cincang / potong ikut suka.
6. Taburkan hirisan daun ketumbar dan renjiskan minyak bijan dan kicap cair ke atasnya.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Ayam.

Resepi Sambal Cili
Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang biji
9 biji cili padi minyak 
2 biji tomato merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
Untuk mendapatkan rasa yang lebih mesra, sos sambal ini boleh disediakan lebih awal beberapa jam sebelum dihidangkan bersama Nasi Ayam.

Resepi Kicap
Amie gunakan lebihan bahan perapan daging ayam dan dicampur dengan kicap manis serta sedikit air bancuhan tepung jagung serta 2 sudu makan minyak bijan. Caranya mudah sahaja, iaitu masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan kuah menjadi pekat. 

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Tuesday, July 30, 2013

Order : Kek Aiman & Syafikah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah. Rezeki bulan puasa. Kek dua beradik yang diminta oleh kaunselor sekolah yang mana tarikh ulang tahun 2 anaknya jatuh pada bulan ini. Nak buat makan2 semua berpuasa. Jadi beliau meminta saya membawanya ke surau sekolah tempat berterawih untuk dimakan selepas selesai bersembahyang.


Fikir2 tak tahu nak deco apa. Maka terjadilah badut yang mewakili adik dan abang. Saya menggunakan whip cream coklat untuk kek ni. Nampak macam suram sikit gabungan whip cream dengan hiasan orea tu. Nak deco lebih2 tak pandai, jadi berpuas hatilah dengan apa yang mampu.


Terima kasih pada Kak Lia yang sudi menempah dengan saya.


[Kek vanilla oreo]

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Resepi Chicken Chop Simple

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Antara salah satu juadah iftar saya semasa Ramadhan kali ni. Tiba2 rasa nak makan chicken chop, yang guna pisau dan garpu. Kebetulan memang saya beli isi ayam (chicken chop) sebungkus. Ada 8 keping semuanya. Itu yang hari2 menu ayam, sampai dah naik jemu rasanya. Dalam nak makan tu saya cuba la buat ikut kebiasaan. Cuma dalam bulan puasa ni adatlah, apa2 yang dimasak kira tawakkal je masin manisnya.

Saya pasti kebanyakan kita ada cara masing2 untuk membuat chicken chop. Yang ni saya buat ikut suka saya, jadi mungkin sedap atau tidak pada yang lain. Buat untuk makan seorang, banyak mana sangat bahan2nya kan? Nak sukat pun tak padan, agak2 sajalah. Walaupun saya hanya guna seketul saja paha ayam, tetapi hasilnya kemain besar, lama jugak la nak habiskan.


Kali ni saya perap dulu ayam tu sebelum disalut dengan bahan lain. Mula2 nak guna serbuk roti tapi cari punya cari entah tak tahu di mana saya letak. Last2 saya guna oat. Rupa2nya bila menggunakan oat, gorengan ayam tu tak berapa garing sangat.


Sos yang saya buat kali ni agak berbeza dari sos yang selalu saya dok buat tu. Warnanya kebih gelap dan rasanya agak sedap juga Penyediaannya tak la rumit. Untuk coleslow tu pula lebih kurang sama jugaklah macam selalu, cuma kali ni saya tambahkan sedikit gula untuk rasa manis. Kalau nak gantikan dengan susu pekat pun boleh.


Kot2 ada yang nak cuba tu saya tuliskan resepi seperti di bawah ni ya.

 CHICKEN CHOP SIMPLE
Resepi : Cheq Sue

Ayam
1 keping bahagian paha (tanpa tulang)
Serbuk lada hitam
Serbuk Sedap Rasa Knorr
1 biji telur
Tepung jagung
Serbuk roti

Cara membuatnya :
Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk lada hitam dan Sedap Rasa Knorr
Perap semalaman untuk hasil yang lebih sedap
Celup ke dalam tepung jagung
Kemudian celup ke dalam telur hingga rata
Celupkan pula ke dalam serbuk roti
Goreng hingga garing dengan api sederhana.

Black pepper sauce
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sos tiram
Sos cili
Kicap cair
Kicap pekat
Air
Sedikit gula
Bancuhan air tepung jagung

Cara membuatnya :
Campur semua bahan kecuali bancuhan air tepung jagung
Bila mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung secukupnya

Bahan (Coleslaw)
3 helai daun kobis - hiris halus memanjang
1/2 batang lobak merah - parut
Serbuk lada hitam
Mayonis
Gula

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, July 29, 2013

Cendol Pulut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah ada cendol...mestilah kena buat sesuatu kan. Masa berbuka, terasa sangat nak makan cendol pulut. Bukan makan sejuk (berais) tapi makan macam tu je. Dah sejuk sangat di CH tak ada kerja pulak saya nak minum air sejuk. Sebenarnya masa berbuka, elok kalau minum air suam atau air panas. Saya sendiri pun masih bertahan tanpa ais walaupun di kampung.

Bagi cendol yang dibuat baru2 ni, saya jadikan ala-ala pengat. Yang mana saya masak menggunakan santan dan daun pandan, kemudian masukkan cendol. Pulutnya saya tanak berasingan. Kira halallah ya untuk cendol pulut. Melepas kempunan katanya... Kalau nak tambah jagung ke, kacang ke boleh jugak. Tentu lagi meletup rasanya.


Resepi? Tak payahlah..... *_*

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Sunday, July 28, 2013

Tiga Puluh Tiga Tahun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Seketika saya mengambil masa untuk bersiaran. Bercuti tiga hari, pelbagai aktiviti yang dibuat. Memang tak sempat nak online kerana tuntutan kerja yang lain. Hari Jumaat tu saya ke Ipoh membeli apa yang patut. Sabtu pulak siapkan projek menjahit, mengoter baju. Hari ni pulak dimulai dengan ke Gua Musang, balik sambung buat biskut sikit. Rasanya dalam kesibukan dan kepenatan, saya ingin menulis sesuatu buat kenangan pada ulangtahun saya yang ke 33 hari ini.


Ya...saya sudah 33 tahun hidup di dunia ini dan Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang masih memberi peluang buat saya menghirup udara di bumiNya. Pertambahan usia setakuk ini pastinya memberi lebih banyak ruang kepada saya untuk membaiki diri. Saya sedar, saya insan yang lemah dan banyak kekurangan. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan. Maafkan saya...
 
Pastinya juga tak ada apa yang perlu diperbesarkan. Tentang perasaan saya yang libang libu ni, suka duka, saya tak mahu orang bersimpati dengan apa yang telah berlaku. Pastinya di sebalik senyuman saya tak mahu orang tahu ada kelukaan yang mendalam. Cuma apa yang saya harapkan, saya tidak menyusahkan sesiapa dan dapat terus menjalankan tanggungjawab pada kedua ibu bapa saya yang sangat saya sayangi. Saya mahu mereka bahagia. Dan yang pastinya masih ada banyak yang saya harapkan untuk di capai.

Buat teman2 yang mengingati tarikh ini, terima kasih banyak2. Selamat berpuasa.

Sanah Helwa Ya Suhaila....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Thursday, July 25, 2013

Homemade Cendol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai...jeles je tengok bila teman2 dah mula postkan n3 pasal biskut raya. Rasa macam nak je buat jugak tapi belum lagi beli bahan-bahan. Saya target nak siapkan menjahit dulu baru nak buat biskut. Sari dua ni memang bizi sikit. Dengan kerja sekolah dan segala mak nenek yang perlu diselesaikan, mudah je badan jadi penat. Tambah2 lagi sekarang ni sejuk benar di CH. Kalau bangun sahur tu dalam 13, 14, 15, 16 darjah. Kalau siang2 pulak paling tinggi pun 23 darjah. Pendek kata tak nampak benda lain dah, tau nak berbungkus dalam selimut aje. Macam mana nak pergi negara yang ada salji... Haish!!

Jom tengok ape citer n3 kali ni. Projek membuat cendol di malam hari. Entah kenapa tetibe je terlintas nak buat cendol setelah ternampak di blog Tun. Hish, kuat sungguh penangan blogger ni. Dalam pukul 10 malam, kung kang kung kang kat dapur, dalam 30 minit dah siap. Hihihihi...


Rupa2nya saya dah pernah buat resepi ni dulu (di sini) tetapi menggunakan tepung jagung. Kali ni saya ikut je 100% resepi tu. Cuma pada pendapat saya, kuantiti air tu boleh dikurangkan sdikit sebab cendol yang terhasil agak rapuh dan lembik. Kata Kak Ena, cendol yang menggunakan tepung beras rasanya lebih sedap. Entah la pulak. Saya tak berapa suka makan cendol, sesekali boleh la. Tapi daripada tak ada boleh jugak la terima. Yang saya buat ni pun boleh dikongsikan dengan kawan2 yang tak balik kg.

RESEPI CENDOL TEPUNG BERAS
Resepi: Kak E-Na
Sumber: Kak Rose, Tun Telani

Bahan-Bahan:
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk. Ketepikan.
Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Monday, July 22, 2013

Gulai Acheh Ikan Tongkol

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar hari ini? Nampaknya dah masuk hari ke 13 kita menjalankan ibadat puasa. Semoga segala amal ibadat kita di terima Allah SWT. Dah berkira2 ke nak buat biskut raya apa? Saya baru skodeng resepi. Menunggukan gaji ni baru nak membeli bahan2. Kalau tak buat macam tak meriah pulak, semuanya nak kena beli. Bukan tak ada yang dibeli langsung, tapi rasanya lebih puas hati jika buat sendiri. Nak makan pun tak yah nak jimat-jimat.

Kita tinggalkan dulu cerita raya ni. Saya nak kongsikan satu resepi yang saya buat untuk makan2 di sekolah sebelum puasa baru2 ni. Alkisahnya nak cuba buat gulai Acheh sebab dah ada resepi ori dari sana. Tapi cari punya cari tak hengat pulak di mana letaknya buku catatan tu. Jadi saya search la dalam internet dan terjumpa satu resepi seakan2 sama.


Yang saya gunakan ni ikan tongkol saiz kecil, kira macam anak2 je lagi. Sekilo dalam RM8, boleh tahan jugak. Istimewanya gulai Acheh ni sebab ianya menggunakan bahan ori dari sana iaitu asam sinti dan jugak rempahnya. Memang dapat rasa kelainannya. Walaupun guna agak banyak, dalam 15-20 biji tak ketara sangat masamnya. Semasa di Acheh tu, boleh kata tiap2 hari makan nasi dengan gulai Acheh sampaikan termimpi2lah jugak. Yang paling sedap apabila digulai dengan ikan tenggiri segar. Mmmmmm terasa-rasa sampai sekarang. *_* Tapi maklum sajalah di sini berapa pulak harga ikan tenggiri tu...


Terima kasih pada Resepi Bonda yang berkongsikan resepi ni. InsyaAllah jika ada rezeki saya akan kongsikan pula resepi yang saya perolehi dari sana.


GULAI ACEH
Sumber : Resepi Bonda

1/2 kg ikan tenggiri/sebarang jenis ikan yang disukai saya guna 1 1/2 kg. Jadi bahan2 lain tu saya gandakan ikut kesesuaian
1 sudu makan ketumbar kasar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih
10 biji cili merah
5 biji cili kering saya guna cili giling, tu warna agak gelap
10 biji belimbing kering
sebesar kelingking kunyit kering
2 biji limau nipis
garam dan belacan

Kisar ketumbar, jintan putih, lada hitam, cili kering, cili merah, belimbing kering, kunyit kering, garam dan belacan. Bersihkan ikan dan potong ikut suka. Gaul mikan dengan rempah yang dikisar tadi.. Jerangkan kuali dengan air secukupnya untuk kuah. Bila air mendidih, masukkan ikan beserta rempah tadi. Kacau biar rata. Masak hingga mendidih dan ikan masak. Rasakan garamnya dan perahkan air limau. Kacau, biarkan selama 2 minit dan angkat..

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~