PAGES

Monday, July 1, 2013

Resepi Bibimbap - 비빔밥

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa la nak jadi dengan saya ni... Sejak balik dari PD memang rasa down sikit nak berblog. Nak kata malas ada la jugak. Semangat dah hilang agaknya dengan kesibukan di sekolah melayan budak2 yang tersangatlah banyak karenah. Tuhan sajalah yang tahu apa yang saya rasakan saat ini. Tapi tak apa, sikit2 rawat perasaan sendiri. *_*


Resepi bibimbap ni merupakan juadah yang terhasil selepas membuat gochujang. Maklumlah mood pun ala-ala Winter Sonata. Nak membuatnya pun senang. Kalau tengok dalam cerita Korea, seronok je bila nampak mereka gaulkan campuran bibimbap tu, penuh semangat dan nampak sedap. Kita pun boleh je buat, kalaupun tak menyerupai masakan sebenar, ada rasa sikit2 tu kira ok lah. Jadi saya cuba la buat bibimbap Melayu berpandukan resepi yang dikongsikan di internet.


Nampak tak tu? Dengan set mangkuk dan chopstick ala-ala Korea. Kuat sungguh la berangan, kan! Beli di DIY je. Bibimbap tu apa? Laaaa, lebih kurang macam nasi campur je. Lebur semua bahan-bahan dan gaul rata. Guna pepper paste dan tambah bahan sesuka hati, jadi je. Cuma bagi saya, bibimbap yang terhasil ni agak pedas kerana gochujang tu agak pedas sikit.


Cuma satu ajelah, masa buat ni saya tak terfikir nak campur gochujang tu dengan bahan-bahan lain. Jadi agak pekat sikitlah bila nak gaulkan semua. Tak apa, kali pertama mesti ada silap di mana-mana. Buat yang nak mencuba saya copy resepinya di bawah ni.




RESEPI BIBIMBAP
Sumber : Myilgi
Olahan : Cheq Sue

Bahan- bahan

Perap
1/4 cup daging/ ayam saya guna daging ayam
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
1/2 ts kicap
1/2 ts gula
1/2 ts lada hitam
1/2 ts minyak bijan

Sos
2 tbs gochujang
1/2 ts gula
1/2 ts minyak bijan
1/2 ts cuka
1 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
sedikit biji bijan

1 1/2 cup nasi putih
1 biji telur saya buat dadar dan potong memanjang
1 keping rumpai laut
1/4 cup kobis atau salad

1/4 cup kimchi
1/4 cup taughe
1/4 cup timun
1/4 cup cendawan
1/4 cup lobak merah
Saya tambah capsicum dan kangkung celur

Cara- cara

1. Daging dipotong dadu. Kemudian gaulkan dengan bahan perap. Biarkan.
2. Masak telur atas kuali leper. Angkat dan potong panjang2.
3. Potong timun, lobak merah, cendawan, kobis, rumpai laut
4. Letak minyak sedikit dan masak timun, lobak merah, cendawan, dan taughe sekejap + secubit garam
5. Cincang kimchi dan masak sekejap.
6. Masak bahan perap tadi sehingga masak.
7. Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan2 sos.

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

4 comments:

  1. anak mala yg no.2 ni tekak korea. muka pun mmg dah ala-ala korea. :-)

    ReplyDelete
  2. wah dah ada resepi korea kat sini best gak ni boleh try cheqsu kan

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap betul tayangan nya tu Cheq Sue.. boleh akak cuba ni :D

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]