PAGES

Friday, August 16, 2013

Biskut Kelapa Delima

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masih lagi tentang biskut raya. Kali ni dari list tahun lepas yang akhirnya saya buat untuk raya baru2 ini. Tahun ni memang banyak biskut raya yang saya ambil dari blog DTS, rata2nya semua sedap2 belaka. Saya masih ingat antara kata-kata Che Mat dalam salah satu n3nya. Kalau kata biskut raya tu kosong je bahan2nya, nak harapkan sedap macam mana. Memang lah basic sesuatu biskut tu adalah tepung, butter / marjerin, telur, gula...dan rasanya korang semua tahu biskut yang ada bahan tambah ni rasanya lebih sedap. Bayangkan dalam biskut tu ada serbuk badam, kacang tanah, conrnflakes, cococrunch...atau pelbagai bahan lagi. Sah2 biskut tu lagi sedap. Kalau buat sendiri boleh kita tengok apa bahan2nya dan kita pun dah boleh agak biskut tu sedap ke tidak. Kalau beli ni silap haribulan dapat biskut yang sama rasa hanya rupa berbeza. Tapi bukan semua lah....

Begitu juga dengan biskut kelapa delima yang saya cuba ni. Bau kelapa kering tu sangat2 menggoda. Rasa macam biskut dulu2 pulak. Betul2 macam biskut klasik dengan aura zaman dahulu. Heeeeee. Biskut ni kalau sekali makan ada jugak rasa macam biskut bangkit. Mungkin sebab penggunaan tepung jagung yang agak banyak dalam adunannya. Cara nak membuatnya pun agak unik yang mana mentega di tambah ke dalam tepung...satu cara yang baru sepanjang dok membuat biskut. -_-


Saya sengaja memberikan warna hijau kepada biskut ini kerana tidak mahu biskut yang suram. Kalau semuanya tak ada warna tak meriah la kan.. Serius, dengan warna hijau dan ceri merah serta serbuk kelapa jadi cantik biskutnya. Cantik dan sedap okeh...bukan cantik sesaje. Ewahhh...

Sekali lagi tq pada Che Mat yang berkongsi resepi ini. Korang kalau nak tahu kena la cuba ya...




BISKUT KELAPA DELIMA
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
225 gram tepung jagung (mat guna jenama Brown & Polson, jenis dalam tin)*
150 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
95 gram gula aising
75 gram kelapa kering, kisar halus
25 gram serbuk badam
1 biji telur gred A
Beberapa titik esen rose @ 1/2 camca teh esen vanilla
200 gram mentega (kurang lebih, sebab ikut kelembutan adunan)

BAHAN HIASAN :-)
Kuning telur, untuk disapu
Hirisan kecil ceri
Kelapa kering

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan kelapa kisar, serbuk badam dan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata dan ketepikan. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Tambah esen rose atau vanilla. 
Perlahankan kelajuan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi seakan2 teksture serbuk roti.
Tambah mentega sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga adunan tadi menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Bahagikan doh tadi pada 3 - 4 bahagian, tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
Ambail 1 bahagian doh, canai setebal 1/2 cm,kemudian terap dengan acuan kegemaran anda. Susun atas loyang pembakar, sapu kuning telur, hias dengan ceri dan tabur sedikit kelapa kering. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit, bergantung pada oven masing. Biarkan biskut sekejap atas loyang sebelum disejukkan atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara..

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

1 comment:

  1. sedapnye!
    yumida paling ske mkn biskut
    blh try lepas ni..thanks sharing resepinya

    jemput baca & komen entry yumida:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]