PAGES

Thursday, August 15, 2013

Famos Amer Chocolate Chips Cookies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

FACCC.... siapa yang tak suka. Biskut yang ada dalam kelasnya sendiri... memang sukar ditolak  jika terhidang di meja sempena Aidilfitri. Ianya tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan, bukan saja menjadi juadah istimewa tetapi sering juga dibuat di hari2 biasa. Biskut ni memang sentiasa ada dalam senarai saya. Dengan kekacang dan coklat chips yang mewah di dalamnya amat sukar sekali saya menolak. Kalau search dalam internet pelbagai jenis resepi FACCC yang boleh kita dapati. Tapi kali ni ada kelainan sikit sebab FACCC ni di popularkan oleh Chef Amer dan namanya pun menjadi famos AMER CCC.


Resepi yang saya peroleh di blog Kak Azlita ni memang mudah je dibuat. Campur semua dan sudukan atas loyang pembakar. Tapi yang saya buat ni agak keras sikit adunannya dan boleh dibentuk dengan jari kemudian dipenyekkan dengan garfu. Seeloknya masa nak sudukan atau gentel tu jangan la dibuat besar sangat sebab biskut ni mengembang. Kalau jadi leper besar tak cantik pulak.

Cuma masa tengah adun ni tak tahu fikiran ke mana, terlupa pulak nak masukkan serbuk koko. Jadi warnanya tak la gelap sangat. Masa tengah bakar tu takyah cakap la. Harum semerbak satu rumah. Rasa2 kalau buat time tak puasa, sekerat balang je yang boleh bawa balik rumah. Dan biskut yang saya buat dapat banyak juga, semalam baru habis makan.

Cuma pada saya biskut ni masih agak manis. Next time boleh kurangkan sikit gula. Sebab bila kena dengan coklat chips yang agak manis tu memang terasa jugaklah. Citarasa masing-masing kan... Apapun tq Kak Ita kerana berkongsi resepi ini.




THE FAMOS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES
By : Chef Amer
Sumber : Kak Azlita
Rujukan : Majalah SAJI Ogos 2012

250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur

Bahan Diayak

300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung

Bahan Lain
60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang saya guna kepingan badam sangai
40 gm oats
250 gm cip coklat
  
Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.
Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan.
Gaulkan hingga sebati dan rata.
Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.
********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. salam cheq sue..

    biskut amous amer ni memang sedap..x cukup makan seketul dua..selamat hari raya.

    ReplyDelete
  2. Anak akak bila beraya balang kuih ni yg dipegang... memang kegemaran kanak2 kuih ni cheq sue :D

    ReplyDelete
  3. Biskut ni memang sedapkan Sue... lagilah kalau naik aroma waktu membakarnya, tak sabar2 nak makan! Memang yang ta berapa manis tu yang sedapnya.

    ReplyDelete
  4. Biskut ni mmg sedap dan kegemaran semua org,,,budak2 lg la sukakannn...iskB

    ReplyDelete
  5. dr yg u ckp...u lupa letak serbuk koko yerr......sbb tu biskut tu jd manis (as u said jugak laa) hehe

    so kalau ade serbuk koko 10gm tu mgkin xmanis sgt....my 10sen jer hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]