PAGES

Wednesday, August 14, 2013

Biskut Suji Brunei

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Harini dah 7 Syawal dah kita. Sape yang stat puasa 6 pada raya ke 2 esok dah boleh beraya. Saya baru hari ke 3, ada 3 hari lagi nak habiskan. InsyaAllah... Hari ni jugak rasanya keadaan dah kembali seperti asal. Sunyi sepi je di rumah. Budak2 semua dah balik ke KL dan Terengganu. Tinggal 6 orang kat rumah ni. Bila saya dan adik balik ke CH, tinggallah 4 beranak je. Dan selepas itu keadaan akan menjadi seperti sediakala.

Saya sambung semula n3 dengan biskut raya yang belum habis2 ni. Saya sangat jarang buat biskut suji. Seingat ingat baru 2 kali kot saya buat. Bukan apa, saya x berapa suka bau dan rasa minyak sapi. Tapi kali ni saya cuba buat biskut suji brunei yang katanya sangat sedap. Cara membuatnya dan rasa agak berbeza. Ini jugak 1st time saya beli tepung suji. Tak tahu  la betul ke tak tepungnya. Bukan la halus sgt... entah2 bukan ke tak tahu.

Satu yg saya suka bila buat biskut suji ni adalah kekdahnya yang senang. Buat bulat2 aje..bakar.. golek dalam salutan dan masuk dalam papercup. Tak payah terap2 ke apa..


Oleh sebab tekstur tepung suji yang agak kasar, maka biskut ni pun bertekstur agak kasar. Macam mana nk bagitahu rasanya ya.... seperti juga biskut suji yang lain, ianya memang gebu dan cair di mulut. Mak saya kata sedap...agaknya sesuai la untuk orang2 tua.


Sekali lagi saya menggunakan resepi dari DTS. Kalau siapa yg suka biskut suji boleh la cuba resepi nj pulak untuk kelainan rasa. TQ Che Mat.


BISKUT SUJI BRUNEI
Resepi : Che Mat

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram minyak sapi
100 gram lemak sayur @ shortening
180 gram gula halus @ kastor
100 gram cornflakes, kisar halus
1 kuning telur
80 gram suji
80 gram tepung jagung
Tepung gandum secukupnya (kurang lebih 370 gram)

BAHAN SALUT :-)
Nestum yang dikisar halus secukupnya
Susu tepung secukupnya
Sedikit gula aising (yang ni terpulang, nak letak atau abai kan)

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga rata. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati dan rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut (mat guna anggaran tepung 370 gram dan mungkin tidak habis).
 Ambil secubit adunan dan gentel sebesar hujung ibu jari, susun dalam loyang pembakar. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
Biarkan sejuk atas dulang pembakar. Perlahan2 ambil biskut yang siap tadi dan golek-golekkan dalam bancuhan bahan salut tadi, isi dalam paper cup pilihan. Mat guna yang saiz kecil, simpan dalam bekas kedap udara..

CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh buat 1/2 dari resipi di atas. Dan untuk bahan salut tu, mat guna kurang lebih 3/4 cawan nestum kisar halus + 1/3 cawan susu tepung + 1 camca besar gula aising, gaul rata dan boleh guna untuk menyalut suji Brunei. Satu lagi nak pesan, kalau anda nak letak dalam paper cup macam mat buat tu, jangan gentel biskut terlalu besar, ini kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Ok tu saja, selamat mencuba....

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]