PAGES

Thursday, September 26, 2013

Bergedil Ayam Rempah Lima

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dalam n3 ini, tak ada resepi yang mahu saya kongsikan tetapi sekadar perkongsian sesama kita. Saya suka bergedil. Ayam ke, daging ke, ikan ke semuanya saya makan. Setahun di matrikulasi Johor Bharu mengajar saya tentang nikmatnya benda yang dihasilkan dari ubi kentang ini. Saya pernah membuatnya sendiri sebelum ini tetapi hasilnya tidak secantik ini. Yang ini benar-benar menjadi walaupun tanpa resepi.


Dari pembacaan saya di beberapa blog, petua untuk menghasilkan bergedil yang baik adalah dengan  menggunakan kentang yang digoreng kerana ia akan mengekalkan bentuknya. Semasa menumbuk kentang, sudah pun terbau bergedil daripadanya. Menggunakan kentang rebus mungkin lebih mudah tetapi dari apa yang saya pernah buat bergedilnya menjadi hancur. Petua yang kedua adalah dengan menggorengnya dalam minyak yang tohor. Pastikan juga bergedil betul-betul masak semasa membalikkannya.


Berbalik pada n3 ini, mengapa saya menamakannya bergedil ayam rempah lima? Alkisahnya saya nak menghabiskan stok ayam, dan saya cuba memasaknya menggunakan rempah segera Maggi iaitu rempah lima. Sebelum ni saya hanya dengar saja, tetapi bila dah masak sendiri ni saya dapati apa yang saya masak tu agak lari dari selera saya. Kawan serumah saya kata sedap tetapi bagi saya sebaliknya.

Jadi keesokan hari saya mengasingkan ayam dari kuah dan tulang serta mencincangnya. Daripada buang begitu sahaja, saya dah terbayang bergedil yang boleh dihasilkan. Walaupun hanya dalam satu cawan, itu sudah cukup banyak.

Saya goreng 4 biji kentang, menumbuknya dalam lesung, mencampurkan dengan ayam yang telah saya cincang, sedikit serbuk lada hitam dan serbuk pati ayam serta daun bawang, saya godeklah secukup rasa sehinggalah terhasil bergedil yang sangat sempurna. Sungguh saya amat bangga.

Jadi pengajaran dari apa yang saya ceritakan ini, janganlah cepat nak buang apa yang kita tak boleh makan. Kalau kata benda tu masih boleh dijadikan sesuatu yang lain, apa salahnya kannn... Tetapi saya percaya kawan2 semua bukanlah seseorang yang suka membazir, kan! Selamat mencuba...

3 comments:

  1. sedapnya makan begedil kak..nyum2..nak skit..heheh..

    ReplyDelete
  2. Sama lak resepi dengan arwah mak saya..selalu buat begedel bila masak soto...aish lamanya saya tak buat soto :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]