PAGES

Wednesday, September 25, 2013

Kek Batik (Resepi Citarasa Rinduan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya memang suka kek batik. Ada satu ketika saya sangat teringin memakannya. Sesekali kalau ada jual di kantin saya memang akan membelinya. Tapi sejak kebelakangan ni tak ada pulak yang nak membuat. Jadi terpaksa la saya merajinkan diri untuk memenuhi selera yang tak menentu ni. Jadi saya cuba buat menggunakan resepi Ayu (Citarasa Rinduan). Ada banyak resepi sebenarnya, jadi pilih sajalah yang mana disukai.

Selalunya kalau saya buat kek batik, saya tak la terlalu rajin untuk menyusunnya satu per satu. Saya pecahkan biskut, masuk ke dalam adunan coklat, gaul hingga rata dan sejukkan dalam bekas. Tak cantik tak apa yang penting di akhirnya semua itu akan masuk ke mulut dengan nikmatnya.


Dan ini adalah hasilnya. Memang tak cantik tetapi memang la sedap. Saya buat secara double dan kejadiannya agak cair (tak berketul). Sebab tu la saya putong satu2 masuk dalam paperliner supaya tak bersememeh dan comot. Sikit saya kongsikan dengan kawan dan separuh lagi saya bawa dalam perjalanan balik kampung.

Tak usah cerita lebih, kalau nak tahu sila la buat sendiri ya. Saya copy resepinya di bawah ni ok. TQ Ayu...



KEK BATIK

Bahan-bahan :
Milo (1 cawan)
Serbuk koko 3 sudu makan
Buttercup 250g
Telur 2 biji
Biskut marie ( 1 bungkus ) 298g
Susu pekat manis 1/2 tin
Air putih 1/2 cawan

Cara Menyediakannya:
Ambil periuk,masukkan kesemua bahan diatas kecuali biskut marie dan buttercup. Gaulkan semua sehingga sebati
Hidupkan api dapur. Masak dengan api perlahan sehingga masak (kena sering godak/kacau) untuk elak hangus.
Masukkan buttercup hingga cair.
Padamkan api. Susun biskut marie dalam mangkuk (aku guna tuppaware) alaskan plastik, nanti senang nak tanggalkan.
Selang seli masukkan cairan coklat dengan biskut. Tekan dengan sudu, supaya hasilnya padat seperti gambar diatas.
Apabila sejuk masukkan dalam peti ais. Selamat mencuba.

6 comments:

  1. salam cheq sue..

    saya pun suka makan kek batik..memang sedap..senang ja nak buat kan..

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue..

    saya pun suka makan kek batik..memang sedap..senang ja nak buat kan..

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue.. sama la kitaa.. tun pon mmg xkan susun selapis2 tu.. pecah2 kan gaul semua dlm bekas.. jarang2 tun sukat bahan kalau buat kek batik nih, mmg campak2 dan gaull..

    ReplyDelete
  4. Cantik aje nampaknya Cheq Sue...kalau saya buat tak pernah jadi...bila tak jadi, saya yang kena habiskan..tu yang lemah nak buat lagi tu..he he..

    ReplyDelete
  5. Dik zul malas sehari 2 ni sebab 2 tak bt kek batek..

    ReplyDelete
  6. Dik zul malas sehari 2 ni sebab 2 tak bt kek batek..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]