PAGES

Friday, September 20, 2013

Kek Durian Delight

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kek durian delight ni selalu saya tengok di blog Kak Ita. Dengan deco yang kemas dan cantik bagaikan memanggil-manggil saya untuk turut mencuba. Kebetulan balik dari kampung, emak ada membekalkan saya satu bekas durian, nak menghabiskannya begitu saja saya dah muak, jadi sekejap saja saya terfikirkan kek ini yang resepinya saya gunakan dari blog ABM... anak teruna yang gigih memasak walaupun sibuk belajar di Jepun nun...

Untuk santapan sendiri, kek ni togel tanpa sebarang deco. Nak taruk apa weh, kang ada pulak yang tanyak sambut hari jadi siapa pulak.. Saya hanya buat kek bersaiz kecil, dalam 1/2 kilo sahaja. Tetapi krim duriannya saya buat lebih kerana saya sudah jatuh cinta dengan gandingan durian dan krim semasa musim-musim crepe dulu. Tetapi sebaiknya kek ni di makan sekali habis kerana kek yang di simpan di dalam peti sejuk semalaman akan masam (bahagian krimnya). Tapi tak tahulah kalau peti ais saya yang dah tak sejuk...yang menyebabkan krim tu jadi masam.

Sebab itulah saya katakan kek ini super sedap. Bila dimakan masa sejuk, langsung tak sedar laju menyuap ke mulut.Kek yang spongy dengan krim lemak manis sangat sangat sesuai... Kawan-kawan kalau ada durian lebih-lebih boleh cuba buat kek ni tau, gerenti puas hati.

Untuk keknya saya gunakan vanilla shortcake dengan menggunakan resepi ini. Saya kongsikan juga resepi yang dikongsikan ABM untuk rujukan akan datang. Arigatoozaimas....



KEK DURIAN DELIGHT
Sumber : ABM

BAHAN BAHAN (loyang 18cm)

Kek Span Vanilla
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula halus (blender halus gula biasa)
50g minyak sayuran
150g tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil baking powder
100ml air (nak ganti susu segar pon boleh)

bahan B
3 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar
60g gula kastor

Cream Durian Delight
500g isi durian (dikisar)
250ml non-diary whipping cream
1 sudu kecil gelatin halal
2 sudu besar air

Outer Layer Cream
100ml non-diary whipping cream
1 1/2 sudu besar gula (Jika guna whipping cream yg tawar)

CARA CARA
Kek Span Vanilla
1. Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
4. Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit.
5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.

Cream Durian Delight.
1. Didalam mangkuk kecil tahan microwave, masukkan gelatin dan air. Masukkan kedalam microwave dan gaul sehingga gelatin cair sepenuhnya. Ketepikan.
2. Putarkan whipping cream sehingga kental.
3. Masukkan gelatin kedalam isi durian yg dikisar. Gaul rata. Masukkan pula whipping cream dan kaup balik sebati.

Outer Layer Cream
1. Pukul whippng cream dan gula (optional) sehingga kental dan ketepikan.
(Buat sebaik sahaja kek sudah disejukkan didalam peti ais)

Penyediaan.
1. Belah kek kepada 3 bahagian. Setiap layer diletakkan cream durian delight tersebut. Salut bahagian luarnya juga.
2. Biarkan sejuk didalam peti ais selama 1 jam sebelum disapu bahagian luarnya. 
3. Sapukan whipping cream dibahagian luar dan decoratelah ikut citarasa.

5 comments:

  1. wahhh... tun xpenah mkn kek durian lagi.. xsabar nk blk kg nx month, aritu masa raya musim durian baru stat. sempat la makan sikit2, tp dh blk bintulu baru laa byk yg gugur buahnyer.. dh pesan kt mama frozen siap2, blk ni nk mkn puas2.

    ReplyDelete
  2. geram sunggoh tgk org dok tayang durian & sewaktu dgnnya sbb xjmp lagi durian kampung sini. tunggu time byk durian blh try ni. sedakk jugok nampaknya ni cheqsue

    ReplyDelete
  3. wahhh. nmpk sedappp..
    tq che sue sbb sudi rujuk resepi di blog ABM. :)

    ReplyDelete
  4. memang sedap la durian delight tu..terliur plak Nampak kek ni..

    ReplyDelete
  5. kenapa tak ada colour durian kak? hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]