PAGES

Friday, September 6, 2013

Mee Udang Sungai Dua

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dendam mee udang belum habis lagi... T_T! Setelah mencuba mee udang versi 1 dari MyR, saya cuba pula resepi mee udang famous yang dikongsikan oleh Kak Ita. Masa ke pasar malam, ada jual udang yang bersaiz agak besar sikit, jadi saya beli la setengah kilo, dan semuanya saya buat mee udang, makan dengan 1 peket mee gitu. Masalah gatal tu saya letak belakang kira... hoooooo.


Oleh kerana saya buat ni sikit je, maka saya ejas la bahan2 mengikut keperluan. Udang tu saya buang kulit terlebih dahulu dan saya rebus. Kulitnya pula saya mesin dengan airnya untuk dicampurkan dalam kuah. Ini kes malas nak kopek kulit udang lah ya...

Pastu semua kaum kerabatnya saya tak masukkan, cuma saya terus masukkan sayur sawi dalam kuah, sebabnya saya rasa pelik kalau makan benda-benda yang tak ada sayur ni... Cuma saya agak kuah yang saya buat ni terbanyak udang kering, menyebabkan kuah menjadi agak pekat.

Jadi, dengan siapnya mee udang ni, maka dapatlah saya menikmati mee udang sepuasnya. Saya copy semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang.



MEE UDANG SUNGAI DUA
By : Puan Zaiton
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku
Sumber : Kak Ita

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng

Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus saya hanya guna ubi kentang sahaja
2 biji telur ayam
sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam
Perencah sup tulang saya tak masukkan
3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa
Garam dan gula secukup selera

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]