PAGES

Friday, October 18, 2013

Apple Crumble Pie ... Again

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sekali lagi nampaknya saya buat apple crumble pie ni. Masa 1st time dulu, hasilnya tak berapa nak cantik sebab guna loyang biasa dan caserol saja. Kalau nak tengok boleh klik sini. Jadi, kebetulan saya ke bakery di Ipoh, saya beli dua set loyang pie/tart yang boleh dipisahkan. Tak sabar nak mencuba dan saya masih setia dengan resepi Mieza. Mula-mula tu saya gunakan epal hijau (Granny Smith) dan kali ini saya gantikan dengan epal merah iaitu Pink Lady. Masa guna epal hijau tu rasa agak masam sikit. Kata member saya sampai sakit perut dibuatnya. Saya pun rasa begitu, agak masam dan tak berapa ngam dengan pastri (itu pendapat saya lah, orang lain mungkin tak sama).




Dengan menggunakan epal merah ni, saya rasa fillingnya seakan-akan yang saya pernah beli di kedai cuma yang membezakan yang di kedai bau kayu manis agak kuat. Yang di buat sendiri ni lebih sedap dan dapatlah diejas bagaimana yang kita mahu. Saya masih mengekalkan resepi yang sama dan hasilnya sangat sedap. Tengok sajalah hasil fillingnya dari potongan pai tu. Kalau sape2 yang rasa nak makan tu di sarankan agar mencuba resepi ni. Pada saya ianya sangat sedap dan mudah disediakan. Resepi pilihan yang akan dicuba lagi dan lagi...

Pada Mieza, terima kasih saya ucapkan atas perkongsian ni. Saya copy semula resepinya di bawah.




APPLE CRUMBLE PIE

Resepi : Mieza

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula icing
4 sudu besar air ais

Penyediaan:
1. Satukan tepung dan gula icing dalam mangkuk dan digaul rata.
2. Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti
3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan sehingga ia menjadi doh.
4. Balut doh dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith) saya guna 6 biji Pink Lady (epal merah)
1 biji parutan kulit lemon tak masukkan, tapi saya ganti dengan jus limau
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis saya gantikan dengan kulit kayu manis (batang)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar air

Penyediaan:
1. Apple dikupas kulit dan biji dan kemudian dipotong dadu. Ketepikan.
2. Panaskan gula dan mentega di dalam periuk. Kacau rata dan masukkan apple yang telah dipotong dadu. Boleh dimasukkan sedikit air jika perlu.
3. Renehkan sehingga apple lembut sambil dikacau sentiasa. Reneh sehingga pekat.
4. Masukkan garam, serbuk kayu manis dan juga tepung jagung yang telah dibancuh dengan 2 sudu besar air.
5. Kacau hingga kuahnya pekat.
6. Angkat dan biarkan sejuk.

Bahan Crumble
75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula

Penyediaan:
1. Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti. 
2. Boleh disediakan awal dan disimpan di dalam peti ais.

Penyediaan Pie:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 220C dan sediakan acuan pie 12"
2. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk. Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
3. Alihkan ke dalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
4. Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan
4. Tutupkan atas pie dengan crumble. Hiaskan dengan baki hirisan appledan taburkan sedikit chocolate chip
5. Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C. Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 30- 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.


3 comments:

  1. Cheq Sue..cantik je kejadian pie apple awak ni..memang senang kan nak keluarkan pie tu kalau guna loyang boleh pisah macam awak guna tu..kak ina haritu buat punya la seksa nak keluarkan..sudahnya potong kat dalam loyang tu aje..he he..

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. nak buat macam susah.. tapi hasilnya tu yg best.. :) bak mai sepotong nak test.. nampak sedap sangat..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]