PAGES

Thursday, October 17, 2013

Kenangan Aidiladha 2013 / 1434H

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat kembali berkerja. Hari ni mood rasanya masih lemau-lemau gitu. Maklumlah dok feeling masih bercuti, penat balik semalam pun belum habis lagi. Nak ceritanya, konon baliklah awal sebab nak mengelakkan jem. Saya keluar rumah dalam pukul 9.30 pagi, pergi Kok Lanas dulu ambil Mok Ja. Dalam pukul 11 baru bertolak dari sana. Sampai je di simpang 4 Machang - Tanah Merah - Pasir Puteh, dah bersusun kereta kat situ. Perghhh.... Mula-mula nak ikut je jalan tu sampai ke Gua Musang, tapi fikir-fikir sakitnya nak lepas, saya tukar fikiran untuk lalu jalan Grik, terus ke Jeli dan masuk Gua Musang. Alhamdulillah, tak adalah jem sangat cuma sesak sikit nak lepas lampu isyarat di Wakaf Bata dan bandar Tanah Merah. Lepas tu dah clear walaupun kenderaan banyak. Sebelum sampai di Bukit Bunga, saya ikut jalan alternatif dan keluar selepas Bukit Bunga dan lepaslah jem di situ sekejap. Jadi, kira-kira semua dalam pukul 6 baru sampai di CH... sakit satu badan memang taksoh citer lah, nak buat camana, itulah yang dinamakan pengorbanan. Alhamdulillah semuanya selamat.


Amboi panjang lebar pulak membebel pasal jalan balik ni. Hmmmm begitulah kalau mood tengah ada. Jari ni main ketuk je huruf di keyboard tanpa perlu dipaksa-paksa. Jadi, terus pada n3 kali ni. Satu perkongsian sempena Aidiladha, khusus buat kekanda di KL yang tidak dapat balik dan juga kawan-kawan. Alhamdulillah tahun ni my Cek berkorban 3 ekor lembu, bukan satu orang tetapi campur-campur semualah. Biasanya tiap tahun memang sembelih dua tapi tahun ni ada tambahan seekor pula. Yang dalam gambar ni sembelih di belakang rumah manakala seekor lagi sembelih di baruh kerana tak boleh dibawa balik.

Cuba tengok dalam gambar tu. Itu adalah tulisan my Cek, memang old fashion lah. Dia asingkan siap-siap siapa yang ambil bahagian untuk lembu yang ada. Yang kelakarnya dia tulis nama saya pun salah. Hai la Cek, nama anak sendiri pun dah lupa. Yang saya nak gelak lagi, bila jumpa perkataan 'kechil' tu... Itulah tulisan orang dulu-dulu kan...


Tengoklah my Cek tu, tengah buat urusan jual beli. Yang tudung merah tu my Mek, dia pun ambil satu bahagian. Untuk makan-makan orang yang datang, saya buat roti jala dengan kari ayam, kek lapis dan juadah hari raya yang biasalah macam ketupat dan tapai pulut.


Senario biasa semasa penyembelihan. Yang menonton pun ramai, yang berkerja pun ramai juga. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Yang dikorbankan tu pun Alhamdulillah tenang je...


Alhamdulillah...dah sempurnalah ibadah korban saya tahun ini. Semoga segalanya diterima Allah.


Lembu yang kedua ni agak liar sikit, ambil masa la jugak nak mententeramkannya. Bila dah selesai, semuanya lega. Ingat nak ambil video, tapi tak jumpa pulak nak tekan  butang di mana.


Kalau boleh semuanya nak siap awal sebab mentari pun dah makin galak bersinar. Panas!!


Urusan lapah melapah dan membahagikan daging. Waktu paginya tak la pans sangat. Konon nak siapkan yang di rumah ni dulu sebelum buat yang lain, tapi yang mengambil bahagian tak sampai-sampai, lewat jugaklah urusan disiapkan.


Bila dah siap, apa lagi, kita makan lah pulokkk. Selalunya bila dah siap melaph daging, my Mek akan masak dulu, bukannya beriya sangat pun, sekadar daging goreng kunyit sahaja, di samping lauk-lauk lain. Saya beli dua ekor itik dan dimasak kerutuk. Awal-awal lagi my Cek dah promo dengan kawan-kawan dia untuk datang makan di rumah. Adoyai...


Sekadar kenangan dua anak saudara yang balik. Sarah dan Nadhirah (Terengganu) serta Pok Muda (bapa saudara saya).

Alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar. Pada semua yang terlibat terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Semoga pengorbanan yang dilakukan kali ini diterima Allah dan kita semua diberkati Allah seadanya.

3 comments:

  1. dtg sini nk tgk citer qurban chek su...

    ReplyDelete
  2. Haiiiii..Cakkk!! 653
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue..

    wah, meriahnya sambutan aidiladha..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]