PAGES

Wednesday, October 16, 2013

Nasi Daging Berempah & Air Asam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama sebenarnya nak cuba buat nasi daging te8tapi dari sehari ke sehari dagingnya tak beli-beli. Kalau ke  pasar malam tu asyik beli ayam je manjang. Jadi kebetulan pergi satu hari tu saya belilah seketul daging, kecil aje pun, dalam RM4 je. Tukang jual tu agaknya terkejut, dua kali juga dia tanya ini siapa punya.. Hiiii..

Seperti biasa jugak, bila saya buat nasi tumis, saya hanya menggunakan 1 pot / 1 cawan beras sahaja. Itu pun 2 3 kali makan jugak sebelum habis. Kalau diikutkan memang malas nak masak nasi ni tapi dah terkadang rasa nak makan, maka saya buatlah jugak. Tambah-tambah bila tengok Kak Ida buat, jadi saya gabungkan resepi Kak Fida dan resepi beliau.

Jadi, yang terhasil seperti di dalam gambar ni ha... Nasi agak terlembik, ada la tu silap di mana-mana. Air asam tu maveless, memang sedap sangat. InsyaAllah kalau ada lebih2 daging Aidiladha tu boleh la cuba pulak. TQ buat yang bekongsikan resepi.


NASI DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
Penumis : sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik

Cara-cara
Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

AIR ASAM
Sumber : Kak Ida (Resepi Kak DJ)

Bahan-bahan (4 orang makan)

2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.( separuh ida blend, separuh hiris )
Hidangkan bersama nasi daging.

Note : Hari ni akan kembali semula ke CH... doakan saya selamat ya. Kita jumpa nanti di sana

3 comments:

  1. semoga cheq sue selamat tiba kat CH...Aamiin
    walaupun nasi tu terlembik sikit tapi ttp menggiurkan....

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue..

    terliur saya tengok nasi daging dan air asam tu..gulp..

    ReplyDelete
  3. Sedapna cheq su, ni dapat sepinggan tu puas makan.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]