PAGES

Tuesday, October 22, 2013

Ayam Panggang Serai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ayam panggang serai ni saya buat semasa berpiknik makan-makan di Sungai Pauh. Tak banyak pun, dalam 10 ketul aje. Biasanya resepi ayam panggang tak la susah mana. Lagi lama perap lagi sedap bila makan. Cuma yang ini tak la saya simpan sampai semalaman, perap dalam pukul 7 pukul 12 lebih-lebih dah bakar. Minta maaf la dulu ni, tak senonoh ambil gambar dalam periuk. Tak ada setting bagai, maklumlah bakarnya pun dalam hutan, guna pemanggang ajaib je yang ditenggekkan atas dapur stimboat. Tak perlu dah nak nyalakan api arang...masak pun kejap je.


Tengok ayam tergolek dalam tu, jangan dipandang pada buruk rupanya kerana rasa di akhir kejadian sangat sedap, kena bila di makan dengan nasi panas dan ulam. Sambil tu tak lupa ubi kentang pun saya masukkan sekali. Sayur-sayur lain tu tak ada. Korang kena cuba dulu baru boleh judge. Yang pastinya dah ramai pun buat ayam ni, hanya saya saja yang selalu ketinggalan keretapi.


TQ Kak Hana yang berkongsikan resepi campak-campak ni. Saya copy semula resepinya di sini okeh..



RESEPI AYAM PANGGANG SERAI
Source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
*1/2 labu bawang putih
*2 inci halia
*1-2 batang serai
1 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu makan madu
Garam sedikit
Lemon
Butter - potong kecil @ minyak zaitun
Kentang, carrot, bawang besar - potong empat

Cara-cara
Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
Campurkan bahan blend dengan kicap, lada hitam, madu, sedikit garam dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang. Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. Dan bakar suhu 180 selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]