PAGES

Wednesday, October 23, 2013

Happy 3rd Anniversary CTS

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tiga tahun...sesungguhnya masa sangat cepat berlalu. Rasanya baru semalam saya terkial-kial membuat satu n3 di blog, kini sudah tiga tahun umurnya. Ahhhh masa seperti emas, bergerak tanpa sedar. Dalam kita menghirup nafas segar di bumi Allah ini, mengerdipkan mata bila sampai ketika, rupa-rupanya masa sudah banyak berlalu.


Saya terfikir, apakah selama ini saya membuat pengisian blog dengan baik? Apakah yang saya tulis tu memberi manfaat kepada yang membaca? Apakah pula faedahnya kepada saya? Semua ini sentiasa bermain di fikiran. Sebagai sebuah blog yang ada pembaca (harapnya) saya berdoa apa yang saya kongsikan boleh meninggalkan kesan positif pada semua. Saya kena bertanggungjawab di atas apa yang saya tulis. Seboleh-bolehnya saya mahu menggunakan bahasa yang sopan dan boleh diterima semua.

Dalam masa tiga tahun ni, saya banyak menerima komen positif dari kawan-kawan. Walaupun masa mencemburui saya untuk membuat kunjungan balas, tetapi bagi yang meninggalkan komen di setiap n3, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kadang-kadang, sempat baca je tak sempat komen. Rakan-rakan blogger semuanya begitu rapat dengan saya. Dari alam maya ke alam nyata saya sangat teruja memiliki sahabat yang boleh berkongsi pelbagai cerita. Pengalaman bertemu mata dengan Nuwairani dan berSMS dengan Zack Zachoes sangat-sangat menyeronokkan. Dan tidak lupa perkongsian dengan rakan blogger satu sekolah saya Cheq Da.

Harapan saya sekali lagi, semoga CTS tidak akan terkubur bersama masa...semoga saya akan sentiasa berkongsikan cerita tentang segala dengan anda semua. Terima kasih atas sokongan selama ini. Saya sayang anda...

8 comments:

  1. salam cheq sue, selamat ulangtahun ke3 CTS...semoga cheq sue terus berkongsi ilmu di sini...

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun CTS
    cantik bunga rose tu cheqsue

    ReplyDelete
  3. SELAMAT ULANGTAHUN berblog yer cheq sue.. semoga terus success dan bahagia.

    ReplyDelete
  4. Selamat ylang tahun CTS.. semoga terus berkongsi ilmu ;)

    ReplyDelete
  5. Happy 3rd Anniversary buat blog CTS.Moga terus berkongsi cerita diblog.
    tkasih juga Cheq Su rajin singgah dapur mamasya.

    ReplyDelete
  6. salam cheq sue! hepi aniberseri ke-3 utk CTS neh..
    semoga bertambah berseri-seri belog CTS neh! ^____&

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..usia kita semakin bertambah ibarat gugurnya helaian kelopak bunga itu..tahniah kerana mampu bertahan hingga ke hari ni..god luck:)

    ReplyDelete
  8. slm kak..
    tahniah n hppy 3rd blog annivesary..
    tu la kan..xterasa masa tu bjalan..smoga akak akn terus sukses n teruskan bkarya lagi..insyaallah

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]