PAGES

Sunday, October 27, 2013

C@AC 3 : Apam Polkadot





Ø  Dh tido ke Loyah?
o   Blm lg Kak Lin. Knp?
Ø  Akk lupa nk bagitahu tadi. Esok jab nk buat potluck meraikan KJ baru.
o   Wah, dpt bos baru la kita. Sy nk kena buat apa kak?
Ø  Kau buat la apa2. Akak bagitahu ni tak la nak memaksa kau buat, kang kau cakap kami lupakan kau pulak.
o   He he he… akk nak buat apa?
Ø  Entah la, akk buat air aje kot. Dah ada kat pantry
o   Ok la kak, sy buat la apa2 yang patut. Sempat lagi ni kalau nk p cr kt kdi.
Ø  Jgn lupa tau, esk ltk dekat pantry
o   Ok

Bersms dengan Kak Lin, pembantu bahagian kewangan pejabat membantutkan hasrat Aloyah untuk menghabiskan drama Boys Over Flower yang sedang dilihat. Potluck pulak daaah! Dah pukul 9 malam, nak buat apa ya? Dia memang jarang benar tak buat apa-apa kalau ada makan-makan di pejabat. Rasa macam bersalah aje kalau orang bujang sepertinya yang tiada komitmen apa-apa tidak membuat sesuatu. Setelah difikir-fikir dia mengambil keputusan untuk mencuba membuat apam polkadot yang tengah menjadi kegilaan. Syafiza pula tak ada, tidur di perkhemahan sekolah, kalau tak boleh la dia tolong dot-dotkan apam. Nak harapkan Bada tak dapat la, tengah menyanyi-nyanyi kat dalam biliknya tu.
Aloyah bergegas ke dapur. Nasib baiklah susu dan telur memang dah ada dalam peti sejuk. Kalau melihatkan resepi tu memerlukan susu dan telur sejuk untuk membantu menggebukan adunan.  Dulu pernah juga Aloyah mencuba buat apam ni tapi tak menjadi. Kali ni tak tahu la pulak apa kejadiannya. Aduhh..kalau tak jadi macam mana ya? Agak-agak kembang macam dulu jugak tak? Ish, takut Aloyah memikirkannya. Apapun dia tawakkal aje. Kalaupun tak jadi apam polkadot, jadi apam kembang masih juga boleh di makan. ^_^
Adunan yang telah siap dimasukkan ke dalam bekas kecil kuih kaswi yang telah di alaskan dengan paperliner. Alang-alang dah buat tu, Aloyah mengambil keputusan untuk membuat apam dengan corak strawberry. Entah bagaimana tiba-tiba saja dia mendapat idea itu. Mesti cantik. Cameron Highlands. Strawberry. Mmmmm… Selalu sangat apam tu dicorakkan dengan polkadot, atau angrybird, atau bee,biarlah dia cuba yang lain sikit. Padahal dia sedar yang bentuk mana sekalipun dia tidak pernah sukses lagi. -_-
Hampir pukul 11 jugak barulah siap apam strawberry Aloyah. Gabungan warna merah dan hijau, serta dot-dot hitam daripada bijan hitam memang sangat menarik. Itu sebelum dikukus. Dah lepas kukus entah camana pula bentuknya. Oleh sebab apamnya versi strawberry, maka Aloyah meletakkan jem strawberry sebagai inti.
Api kecil? Mmmm rasanya dah kecil dah ni. Bismillah.. Aloyah segera memasukkan bekas apam ke dalam kukusan. Di hatinya memang berdebar bila mengingat akan hasilnya. Ya Allah, harap-harap la apam ni tak mengecewakan. Dah la buat potluck untuk bos baru. Kalau tak jadi malu lah dia sebagai pembantu. Hampir 15 minit di kukus, Aloyah seperti mahu menjerit bila melihat tutup periuk kukusan dibuka. Hmmmm, dah agak dah!
 


Ø  Weh, kecewa! Sedih ni
o   Asal plk?
Ø  Aku buat apam polkadot tp kembang jgk
o   Apam apa mlm2 ni. Org dh nk tdo kau dok mengapam lagi
Ø  Esk ada potluck. Dpt bos baru
o   Pastu cmn?
Ø  Entah. Bwk ajelah ke opis. Penat je aku design s’beri
o   Nk buat cane, xde jodoh kau dgn apam tu lg
Ø  Rasa mcm nk buang aje
o   Eh jgn, tak baik mmbazir. Org afrika tu mati x cukup mkn tau
Ø  Nasib baik kau xde, kalo x mampus aku kena gelak
o   Ha ha ha…kau x tahu aku gelak kat dlm khemah ni
Ø  Sampai hati kau…

‘Apa ke peliknya akak tengok apam kau ni Loyah?’
‘Kak Zetty, jangan dok pelik-pelik la, diam-diam aje. Kalau nak makan ambil satu pi jauh-jauh.’
‘Ha ah la Loyah. Akak nampak pun macam ada gaya strawberry ni. Apam apa ni?’
‘Ish Kak Lin ni…’
‘Apa masalahnya Kak Lin, Kak Zetty? Mus rasa ok aje ni. Sedap apa.’
‘Kau memang sahabat aku Mus. Kak Lin dengan Kak Zetty ni tak sporting betul. Memang la Loyah buat apam, tapi apam tu kembang mambang macam pipi Loyah ni nak buat camana.’
‘Tak kisahlah kembang ke mambang ke Loyah oi, janji boleh Abang Isa makan.’
Itulah sembang kawan-kawan sepejabat semasa makan. Memang Aloyah agak tension dengan kegagalannya sekali lagi, eh bukan, dah berkali-kali dia gagal membuat apam polkadot. Entah di mana silapnya dia tidak tahu. Sebab api besar ke api kecil ke? Atau sebab ovalette? Atau sebab tak cukup whisk? Tak dapat dia nak fikirkan kenapa.
Tapi sekurang-kurangnya dia bangga kerana dalam banyak-banyak juadah di pantry, dia tahu siapa yang buat siapa yang beli. Haaaaaa…. Yang paling dia suka kuih vadei yang dibawa oleh Sanju. Dia memang hantu kuih vadei tetapi membuatnya dia tidak tahu. Takpe, selagu Sanju ada di sana, anytime dia boleh request. Emak Sanju memang pakar membuat kuih muih tradisional India.
Dah hampir habis waktu rehat, kelibat yang dinanti masih belum tiba. Makanan yang tersedia sudah semakin bersisa. Ketua jabatan baru yang datang mengisi kekosongan ditinggalkan Tuan Haji Mahmud bulan lepas nampaknya tidak dapat datang hari ini. Kata Kak Zetty, beliau ada urusan yang tak dapat dielakkan. Nampaknya selamatlah Aloyah dari dimalukan dari bos baru. Alhamdulillah… Setakat kawan-kawan yang perasan akan kegagalannya tu dia tak kisah. Lepas ni dia tobat dah. NO MORE APAM POLKADOT!

Ahmad Fareez bin Haji Fauzi. Harap-harap perangainya lebih kurang dengan Tuan Haji Mahmud yang sangat bertimbang rasa serta terlalu baik dengan anak-anak buahnya. Segala kelemahan ditegur dengan berhemah ibarat bapa memberi panduan kepada anak-anak. Dua tahun berkerja di bawah tunjuk ajar Tuan haji Mahmud memang sangat menyenangkan.
What? 29 tahun? Muda lagi? Aloyah ternganga seketika membaca helaian kertas yang diberikan Kak Zetty. Dia ingatkan yang datang ni dengan songkok hitam. Spek tebal. Pakai bush jaket. Rupa-rupanya mamat yang masih muda belia. Hanya 3 tahun beza dengan umurnya. Tiba-tiba Aloyah kecut perut. Dia tiada pengalaman berkerja dengan bos yang muda-muda ni. Astaghfirullahal’azim…tak baik berburuk sangka. Aloyah mendoakan yang baik-baik sahaja.
Menjadi tugas Aloyah untuk menyiapkan bilik KJ yang baru. Oleh sebab umurnya yang agak muda, sukar juga bagi Aloyah untuk mendekorasi bilik tersebut. Macam mana nak susun meja dan kerusi? Nak letak hiasan apa? Citarasanya dengan Tuan Haji Mahmud tentulah jauh berbeza. Aloyah tidak mengubah banyak. Kerusi dan meja tetamu dibawa berdekatan tingkap manakala meja kerja ditarik ke belakang sedikit. Dia atasnya pula diletakkan jambangan bunga carla lily yang sedang mekar. Di kabinet pula dibiarkan kosong kalau-kalau ada bahan tambahan yang dibawa oleh bos baru ni. Sekilas pandang, Aloyah berpuas hati dengan perubahan kecil yang dilakukan. Bilik itu bebas habuk dan debu, sedia menerima ketua jabatan pentadbiran dan korporat  yang baharu!

1 comment:

  1. Emmm..kasihan Aloyah yer...kena kutuk ngan kengkwn pasai apam dot dot yg mekar tu :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]