PAGES

Thursday, October 3, 2013

Heavenly Carrot Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya tak pernah lagi makan kek yang ada walnut. Beli walnut pun tak pernah. Mahal bebenor la pada pendapatan saya. Saya pernah mencuba beberapa resepi carrot cake sebeleum ini tetapi nampaknya inilah yang terbaik. Dan sekarang saya masih merasakan betapa nikmatnya kek ini dengan cream cheese yang sangat sedap. Tambah pulak cream cheese tu berlebih-lebih dari yang sepatutnya. Hiiii........


Selalu je bila buat kek carrot, akan menggelembung di tengah-tengah. Kenapa ekk? Agaknya loyang tak sesuai ataupun suhu tak panas. Tensen jugak bila terjadi camtu tapi sebab ni nak makan sendiri, saya potong je bahagian yang kembang tu dan dilepukkan dengan cheese.

Di bahagian tepi kek agak tergaring sikit. Memang lama jugak saya bakar kek ni + pulak dengan ralik manjang tu yang tak sedar kek dalam oven. Mujur jugak kek tak hangit hitam legam..


Seperti namanya, kek ni memang heaven sesangat. Kalau diletakkan nenas cincang, pasti lebih moist dan sedap. Dah beli dah nenas dalam tin, ready untuk percubaan kedua. Tengok sajalah keratan rentas di dalamnya. Pasti semua setuju yang kek ini tersangatlah sedap.

TQ Kak Ida dan Che Mat atas resepi ini. Saya copy semula dibawah ni tau...



HEAVENLY CARROT CAKE
Resepi : Kak Ida
Sumber : DTS


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan. saya terus je masukkan walnut cincang dan kelapa tanpa menggorengnya terlebih dahulu
Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

6 comments:

  1. Selalu jugak kak ina buat carrot cake ni tapi yang simple aje cuma letak carrot dan walnut..malas nak beli bahan yang lain..he he..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap akak tengok cheq sue oooiiii..... perlu dicuba ni.. :)

    ReplyDelete
  3. topping tu yg mahal tuuuu... hihi... tun baru nengok dr. ina tayang carrot kek ni kat blog aritu.

    ReplyDelete
  4. last sekali buat carrot cake thn lepas. resepi dah pernah cuba. mmg best.

    ReplyDelete
  5. salam cheq sue..

    dah lama teringin nak try buat kek ni..belum kesampaian..boleh colek skit cream cheese tu?heheh..

    ReplyDelete
  6. amboi cheq sue...topping cc tu kan mcm tak bg org balik jek!hihi mana tak heaven....tapi KNJ setuju...walnut tu memang mahai sungguhlaaaa..nak beli pikir 10x

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]