PAGES

Friday, October 11, 2013

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ramai yang dah buat kek ni. Rata-rata mengatakan ianya sedap. Hanya saya saja yang baru terhegeh-hegeh nak buat, itupun kerana nak habiskan krim keju yang dah separuh saya guna. Bab kek ni memang liat sikit nak cuba sebab saya bukan gemar sangat. Tapi kadang2 nak habiskan bahan, atau teringin nak buat maka jalanlah projeknya.

Bila dah terhasil kek nya, saya boleh katakan kek ini sedap seperti yang lain. Tetapi agak kurang kick kerana kurang serbuk koko, jadi tak rasa sangat coklatnya. Ingatkan dah cukup rupanya belum. Tak mengapalah, janji kek ni masih sedap! Mungkin ada yang pelik bila melihat warnanya yang agak suram... T_T


Saya hanya buat setengah adunan. Dapatlah satu loyang kecil. Bila dah potong2 agak banyak juga nak habiskan sendiri. Jadi dapatlah dikongsi dengan budak2 di sini. Buat kak Yatie, terima kasih atas perkongsian resepi ini.



KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
 
BAHAN A (loyang 8x8x3inci)
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas,susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM CHEQSU...
    AMBOIIII.. SEDAPNYA CISKEK KUKUS... CANTEK ELOK JE KEJADIANNYA.. KALAU SAYA BUAT BLOM TENTU NAIK CANTEK.. SELALU KUKUS DIA JADI MACAM RUPA BULAN.. ADA KAWAH LA.. ADA GUNUNG LA....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]