PAGES

Thursday, October 10, 2013

Kek Pisang Lembap (Kak Azie)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali bila ada stok pisang dari kampung, jenuh juga saya fikir nak buat apa dengannya. Kadang-kadang jadi jemput-jemput, kadang-kadang jadi apam, kadang-kadang tak jadi apa-apa. Hiii... Selalunya kalau ada pisang tu saya simpan di tempat beku, bila nak guna baru defrost insyaAllah ianya tahan lebih lama dan tak masam.

Kebetulan baru-baru ni ada stok pisang kapas yang mek bekalkan dari kampung. Dia memang maklum dah kalau ada pisang di rumah, sesikit memang disimpan untuk saya. Jadi saya simpan dulu di tempat beku dan dua kali jugaklah di defrost sebelum terjadi kek ni. Maklumlah, bila balik sekolah dah petang, memang liat sikit nak ke dapur.


Mula-mula tu saya plan nak buat kek pisang seperti yang dikongsikan oleh Mas yang mana beliau menggunakan resepi dari DTS. Tapi kebetulan pulak Kak Azie pun ada updatekan kek pisang di blognya. Jadi bila dah tengok tu nampaknya resepi Kak Azie lagi senang kerana hanya menggunakan sukatan cawan. Jadi saya KIV dulu resepi DTS dan mencuba resepi Kak Azie. Sebenarnya bila buat kek pisang, agak cuak jugak sebab selalu tak menjadi seperti yang diharapkan. Resepi dan hasil yang terbaik saya buat setakat ini adalah dengan resepi Kak Zi @ Datin Lulu (My Resepi).

Dengan menggunakan resepi Kak Azie ni, alhamdulillah kejadiannya elok sangat. Keknya gebu, lembut dan elok. Kalau Kak Azie menggunakan acuan loaf, saya pula menggunakan acuan 4 segi 9'x9' dan dapatlah separuh daripada loyang itu. Cuma keknya tak nampak berurat sangat mungkin sebab saya guna pisang kapas manakala Kak Azie menggunakan pisang nipah. Tak kisahlah pisang apa-apa pun yang penting jangan pisang yang rasa pahit tu...

Kalau siapa yang ada stok pisang di rumah tu, saya syorkan untuk mencuba resepi ini. Kalau saya dan Kak Azie berpuas hati, pastinya anda juga. Jadi saya copy semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang.


KEK PISANG LEMBAP
Oleh : Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek (saya guna 5 biji)
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A (saya guna gred B)

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis (tak letak)
1sk esen vanila (guna vanilla extract)

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
Putar gula, telur dan minyak dlm anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata. 
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula. 
Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak. 

Nota:
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150C. Saya bakar selama 1 jam. 

10 comments:

  1. nmpk gebu kek ... lama tak makna kek pisang

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue..

    suka makan kek pisang..sedap.

    ReplyDelete
  3. Saya selalu buat kek pisang, semua jadi mcm bingka.. Tak mengembang dengan rata.. Tak tau apa masalahnya.. Boleh bantu..?

    ReplyDelete
  4. Kenape saya buat kek pisang selalu pahit ye??please bagitahu saya apa sebab nye?

    ReplyDelete
  5. Saya tengok Kek saya tu tak lah terlampau masak..dan tak terlampau kurang masak??sedang sedang je

    ReplyDelete
  6. Saya tengok Kek saya tu tak lah terlampau masak..dan tak terlampau kurang masak??sedang sedang je

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]