PAGES

Wednesday, October 9, 2013

Bun Coklat Chip & Bun Tuna

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek hujung minggu. Setelah berapa ketika my BM bercuti dari kerja uli menguli ni, akhirnya dia mula menguli seawal jam 11 pagi 29 September lalu. Last buat roti adalah pada pertengahan bulan Mei yang lalu, iaitu butter roll. Bukan main lama kan? Bukan taknak buat. Ada jugak keinginan nak makan roti panas-panas tapi tulah dari sehari ke sehari dok rasa aje buatnya tidak.


Bila dah semangat nak buat ni, terfikir pulak nak buat roti apa. Rasa macam banyak2 resepi roti yang ada, semuanya dah di cuba (ewahhhh...). Nasib baik terjumpa dengan resepi ini, seperti yang dikongsikan oleh Ros Jintan Manis. Saya mendapatnya di e-book, di dalam blognya pun ada. Kalau tak ada idea nak buat apa, selongkar saja blog tu, bermacam resepi roti ada di dalamnya.

Sebab utama sebenarnya saya nak menghabiskan satu tin tuna yang memang dah agak lama dalam simpanan. Silap haribulan dah sampai tarikh luput membazir pulak. Nak buat pizza bahan-bahan topping tak ada, jadi bun inilah yang terhasil.  Satu yang saya suka dengan resespi ni adalah adunannya yang tak berapa banyak, hanya guna 250g tepung aje. Bahagi sikit sorang, cepat sikit habis.


Kalau mengikut resepi asal, roti ni berperisa coklat tetapi sengaja saya tak masukkan serbuk koko. Bukan hape, kang pelik pulak bun tuna tapi perisa coklat. Hanya 3 biji saya buat bun coklat chip manakala selebihnya saya buat bun tuna dapat dalam 9 biji. Bun tuna tu memang puas makan, penuh topping di atasnya, kena dengan lelehan sos cili. Memang nikmatlah dapat makan roti panas, lembut je walaupun banyak diuli sekejap. Dengan cuaca yang agak mendung, cuak jugak takut roti ni tak naik. Tapi alhamdulillah elok je...


Terima kasih buat Ros yang berkongsi resepi ini. Buat yang nak mencuba saya copy resepinya di bawah ini.

BUN COKLAT CHIP

250 gram tepung roti
2 sudu besar serbuk koko tak masukkan
1 1/2 sudu kecil yis
170ml cecair ( 70ml susu segar 100 ml air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin @ butter
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar coklat chip
1 sudu kecil bread improver (boleh ganti dengan water roux) 
saya guna bread improver
1 sudu besar susu tepung

Cara-cara
1. Kalau ade BM tu boleh masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.
2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 9 bahagian bulat kecil dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit hingga 1 jam dan gilss permukaan bun dengan sedikit susu segar dan beberapa titik madu, kemudian tabur permukaan bun dengan sedikit gula . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
4. Sejukkan di atas redai, dan simpan di dalam plastic bersih dan di dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan kelembutanya. Selamat Mencuba.

4 comments:

  1. Sedapnya cheq sue.. rajinnya menguli roti. ;)

    ReplyDelete
  2. bun , roti dan donut..carik lah kat Jintanmanis.com... menariknya roti cheq sue!! kekadang nak pikir nak tunggu dia habis masak tu yg tak brape rajin tuh!

    ReplyDelete
  3. Salam cheq sue cantik manis ♡♡
    Bagus jgk idea buat roti ltk dlm cup

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]