PAGES

Tuesday, October 8, 2013

Kuetiaw Kungfu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menu kuetiaw tak pernah menjemukan. Saya memang suka makan kuetiaw, masaklah apa saja saya akan menerimanya. Selain menjadi alternatif kepada bihun yang saya tak berjaya memasaknya, kuetiaw adalah satu menu yang sangat sesuai. Asyik makan yang bergoreng, saya menukar angin untuk makan sesuatu yang berkuah pula. Entah macam mana, saya tak berapa suka kuetiaw sup dan jarang sekali menyediakannya. Barangkali kerana dengan cuasa sejuk, sup cepat membeku dan tak sedap dimakan sejuk.


Jadi skodeng punya skodeng tertariklah saya dengan resepi yang dikongsikan oleh Kak Wana iaitu kuetiau kungfu. Rupanya sebelum ni saya dah buat tetapi menggunakan mi. Kalau nak tengok boleh klik sini. Agak menarik juga kerana kuetiaw tu digoreng dulu dengan telur (dadar) sebelum dicampur dengan kuah. Yang lain tu macam biasalah... Saya buat ni dalam dua kali makan, jadi saya gandakan bahan-bahannya.

Alhamdulillah, kuetiau kungfu ni kena dengan selera saya. TQ Kak Wana yang sudi berkongsi. Saya copy semula resepi dibawah ni.


KUEW TEOW KUNGFU

1oo g  kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
Sedikit lada sulah
(pecahkan telur, kacau  dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)

Untuk kuahnya
Isi ayam secukupnya  ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )
Daging batang pinang secukupnya
Udang secukupnya
Sotong secukupnya
Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
2 ulas bawang putih
2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit garam

Cara penyediaan
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam. Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.
Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.
Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….
Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili

2 comments:

  1. Letak banyak sayur sedap ye Cheq Sue :)

    ReplyDelete
  2. dah lama x makan kuetiew..x penah lagi makan kuetiew kungfu ni..Nampak sedap la..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]