PAGES

Sunday, November 10, 2013

Asam Pedas Johor (Ikan Merah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya ni tak berapa suka makan asam pedas. Nak memasaknya memang saya tak pandai. Kalau di kampung, sebulan sekali pun belum tentu saya masak. Dok di sini sesekali beralih selera ada la jugak saya buat, tapi dengan resepi caca marba saya tu lah. Kalau di Kelantan, asam pedasnya memang berbeza sangat, lebih kepada singgang pedas. Kalau yang masaknya begini agak kurang laku di rumah.


Tapi kebetulan saya beli sekeping ikan merah di TESCO (sampai pekerja tu dua kali tanya cukup ke tidak) terus saya terfikir nak buat. Cadangnya nak masak merah atau sup tapi dah selalu sangat. Jadi berdasarkan resepi DTS, saya buatlah asam pedas kosong. Hanya ada daun kesum dan bunga kantan sahaja. Kalau ada bendi alangkah sedapnya lagi asam pedas ni. Sedap jugak dimakan dengan nasi panas. Ada belen sikit saya bawa bekal ke sekolah.

Apapun, TQ pada Che Mat yang berkongsi. Saya copy semula resepi di sini untuk rujukan akan datang.

ASAM PEDAS JOHOR (IKAN MERAH)
Resepi : DTS
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan sembilang, anggaran 3 ekor
1 biji terung biru
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
1 1/4 cawan cili kisar
Garam dan gula 

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas'
2 keling hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan disiang, kerat sederhana besar, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selamat 10 minit. Cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 dan potongh serong setiap belahan, rendam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, tambah cili kisar, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tumis hingga cili garing, guna api perlahan. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan ikan dan terung, kacau rata dan tuang jus asam jawa, masukkan daun kesom. Bila mendidih, rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak hingga terung lembut dan ikan masak. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....



2 comments:

  1. Special masakan dari Johor ni tau....

    ReplyDelete
  2. suka makan asam pedas ... semua kuah yg masam2 suka hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]