PAGES

Sunday, November 10, 2013

" Saya Tunggu Awak "

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

  
Sungguh. Ramai rakan-rakan saya yang belum bertemu jodoh meluahkan kerisauan mereka. Jujur, mereka akui adakalanya cemburu melanda tatkala melihat ramai sahabat dan kenalan sudah berkeluarga. Punya pasangan untuk saling berpegangan tangan, punya cahaya mata untuk bergurau senda. Lalu, mereka jadi tertanya-tanya bilakah akan sampainya giliran mereka?

Perjalanan hidup saya menyaksikan jerih perih mereka melawan tekanan. Bukan sekadar dari diri sendiri, bahkan lebih menyesakkan hati bila terpaksa berdepan dengan soalan dan asakan dari keluarga dan kenalan.
“Bila nak kahwin?” “Bila lagi nak makan nasi minyak?”.
Itu belum lagi termasuk soalan-soalan berbaur sindiran.
“Kenapalah yang memilih sangat ni?” “Siapa suruh letak hantaran mahal-mahal?”
Aduhai.. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Wahai sahabat-sahabatku yang baik,
Kalau ada dari kalangan kita yang masih belum berumahtangga, jangan ditanya-tanya andai kita tidak punya niat mahu mengusahakan jodohnya. Doakan sahaja. Soalan-soalan kita adakalanya hanya menambah tekanan buat mereka.

Kalau ada pula sahabat yang sedang membaca ini masih belum bertemu jodoh, bersabarlah kerana perjalananmu masih jauh. Kalau Allah masih mahu kita bersabar, tidak perlu kita terkejar-kejar. Sebenarnya, Allah sudah memberitahu dengan jelas bahawa sebaik sahaja manusia diciptakan, segala perkara mengenai kita sudah pun berada di dalam genggaman-Nya. Soal jodoh, rezeki, hidup dan mati semuanya sudah tertulis. Sebab itu, biar apa pun cakap-cakap orang tentang jodoh kita, tak sepatutnya buat kita berduka. Yang penting, kita berusaha dan terus yakin bahawa apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk kita. 


Percayalah.. 

Alam rumahtangga ni, macam air tasik. Nampak tenang dan cantik, tapi sebenarnya, kita tak tau apa yang ada kat dalam tu. Walaupun orang yang dah terjun ke dalamnya pun, masih banyak yang mereka tak tahu. Ada indahnya. Ada bahayanya. Sebab itu, kita tak boleh tergesa-gesa. Kena yakin pada takdir. Kena yakin bahawa Allah akan lepaskan kita ke dalam tu bila kita betul-betul dah sedia.

Insya-Allah.. Kalau dah jodoh takkan ke mana.. Enjoy the shortfilm - SAYA TUNGGU AWAK.

Temui penulisnya di FB : Bonda Nor.

2 comments:

  1. as salam ... fitrah manusia ingin berpasangan tapi tak semua dipermudahkan jodohnya. Akak antara yang bergelar ANDARTU .. betul2 dah tua baru mendapat jodoh. Sebelum tu .. ada juga diperkenalkan ( sebab akak memang tak ada pacar ) tapi mana yang akak tak sudi dia nak ; manakala yang akak dah suka, dia pula tak nak. Tika usia memuncak ( melepasi 35 thn ) keinginan itu begitu terasa. Apatah lagi melihatkan kengkawan sebaya kebanyakkan dah beranak pinak,dan dah tiada masa untuk kita. Akak mula tertanya-tanya di mana kurangnya diri ini. W/p tak secantik Era fazira tapi paras rupa masih ada. Berkerjaya tetap dan friendly tapi masih sendirian juga. Akak tak kisah berpoligami bukan sebab dah desperate nak berlaki tapi akak berfikiran positif dan terbuka.Poligami ada hikmahnya. Allah maha Mengetahui ... akhirnya akak bertemu jodoh dengan suami orang. Kami diperkenalkan dan mengenali diri melalui alam maya.Dia tdk menyorokkan identity sebenar dan memang dia dok mencari sorang lagi. Berwatakan menarik,sama kerjaya .. dan bersungguh untuk memperisterikan akak, maka akhirnya memujuk arwah ayah bersetuju. Maka kami nikah tika usia akak 39 tahun. Lama betul menunggu kan. Isterinya tahu sebab dia memohon keizinan melalui mahkamah. Kini dah 13 tahun kami nikah, tiada zuriat dan akak pun tak kisah sebab dia sudah ada anak 4 orang. Tapi sejujurnya ... kebahagiaan yang dikecapi macam ombak .. ada pasang surutnya. Betul .. perkahwinan ibarat tasik .. berkocak di dalam .. tenang di atas. Dah terbiasa hidup sendirian begitu lama, kini wp dah berumahtangga,akak selesa sendiri. Kami dah 6 tahun tinggal berasingan dan jumpa paling kerap 2 minggu sekali. So pada yang masih single.. ada kerjaya tetap dan ber income tinggi, usah gusar. Kalian kemungkinan akan berasa sukar berkongsi hidup sebab dah terbiasa berbelanja sendiri, urus kehidupan sendiri etc.Nak pula dpt pasangan berpendapatan kecil atau suka mengatur segalanya .. pasti akan terasa bagaikan terkongkong. Sesungguh Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambanya. Sekadar perkongsian kisah .

    ReplyDelete
  2. Itulah yg terbaik..Allah dah aturkan segala2nya..tak kahwin risau nk kahwin..dah kahwin plak..lain plak masalah..buat cheq sue sabarrr..in sha allah akan dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]