PAGES

Wednesday, November 20, 2013

Koleksi FM dan Key-chin : Beli & Gifted

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya kira, kebanyakan rakan blogger suka mengumpul FM (atau yang sewaktu dengannya). Jika begitu, saya juga merupakan salan seorang daripada anda. Minatnya datang semasa berkunjung ke Vietnam di mana saya merasakan perlu  untuk menyimpan sesuatu sebagai kenang-kenangan. Meskipun belum ada peti sejuk, apa salahnya mengumpul dulu kan?

Moh tengok koleksi sejemput saya...


Antara koleksi saya yang pertama. Sejak dari itu memang suka sangat. VIETNAM, PORT DICKSON dan key-chain PULAU PANGKOR



Pemberian Kak Ha, rakan serumah yang suka sangat melancong. KOREA dan SINGAPURA.



Pemberian blogger Nuwairani. PHUKET, BANDUNG dan  JEPUN



Pemberian rakan sekolah, Puan Norjanah. SARAWAK, DJOKJAKARTA, TERENGGANU dan FILIPINA. Suka!



Ingatan dari Puan Yasotha. New Zealand.



Buah tangan Puan Erwani yang berbulan madu ke KRABI. Ewahhh...



Hadiah dari blogger Kak Min. AUSTRALIA



Tanda mata dari blogger Cheq Da yang berkunjung ke TERENGGANU



Hasil 'pau' Puan Atikah yang bercuti ke LANGKAWI


Hasil kiriman dengan Adik, blogger Muhammad Syawal. HATYAI dan PULAU PINANG


Ini dah lupa dapat dari siapa. Tapi gambar tu menunjukkan tembok besar China.


Mintak dari Puan Khor yang melancong ke HONG KONG. Heeeee dengan tak malu!

Buat semua yang bermurah hati memberikan gift ni pada saya, terima kasih banyak-banyak. Kalau ada yang nak bagi tu, jangan segan-segan ya! Saya akan terima dengan hati terbuka gittew.

(*_-)

4 comments:

  1. salam,
    kalau nak FM dari oman boleh komen kat blog mala. nanti mala email. :-)

    ReplyDelete
  2. dulu masa mula2 sampai german, saya tak minat kumpul FM so ada beberapa negara dah miss huhu.. lepas kawan mintak belikan, barulah terasa nak beli untuk diri sendiri :P..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]