PAGES

Thursday, November 21, 2013

Roti Sandwich via Roti Naik Pahang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama jugak saya buat roti ni. Oleh sebab oven saya bermasalah, maka saya memutuskan untuk membuat roti yang terus dibakar di dalam BM (dengan menggunakan setting nombor 1 - basic). Saya sebenarnya tak pasti resepi sebenar roti naik Pahang ni. Adakah ia sama dengan roti naik Maktok?  Bila saya Google, terdapat pelbagai resepi roti naik Pahang yang keluar. Jadi saya mencuba resepi yang ada di blog Kak Azie. Cumanya, oleh sebab saya membuat roti ni secara terus, maka ianya terhasil dalam bentuk roti sandwich.

Tengoklah roti yang terhasil. Alhamdulillah naik dengan elok, gebu dan ringan. Cuma di bahagian keliling keraknya agak tebal kerana lupa nak set dia punya berat. Jadi janganlah bandingkan roti saya ni dengan roti yang kat kedai tu, Gardenia ke, Massimo ke, memang kalah la.. -_-


Pandangan dari sisi. Yang geramnya bila buat roti sebegini, selalu lupa nak keluarkan knead setelah selesai dipenaikkan. Bila roti dibakar besama knead, memang susah sikit nak keluarkan sebab roti dah terlekat bersama benda alah tu. Memang geramlah, seb baik dok bahagian bawah..

Di bawah ni pula gambaran di dalam yang selembut kapas. Boleh nampak kan bagaimana urat-uratya? Errr...urat ke? Untuk sebiji ni dapat banyak keping jugak, memang tak habis nak makan sorang. Jadi saya buatkan roti pizza. Nanti saya kongsi dalam next n3.

Cumanya, dengan resepi ni saya rasa rotinya agak manis. Dah rasa dah masa masukkan gula tu, maybe next time kena ejas sikit tang gulanya. Jadi saya copy semula resepi berkenaan untuk rujukan akan datang. TQ Kak Azie..


ROTI NAIK PAHANG




Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula 
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin 
1 sudu kecil shortening   
500 gm tepung gandum   
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung  

Cara cara :
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.
Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 
Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.
Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit. 

Nota : 
Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.
Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.

 

5 comments:

  1. Assalamualaikum cheq sue..amboi gebu sungguh rotinya..sedap klu dapy dicicah bersama air milo pns nih....

    ReplyDelete
  2. cantik dan gebunya..bila la dapat buuat macam ni jugak..huhu.

    ReplyDelete
  3. belum pernah bakar roti dlm bm. selama ni dok terpkir mesti bottom roti tu berlubang sbb ada besi pengguli tu. kena keluarkan rupanya ...

    ReplyDelete
  4. Aduh meroti lagi cheq sue ni.. nampak gebu roti tu... anak akak sibuk suruh akak buat roti sendiri... sampai sekarang tak tertunai lagi... nak cubalah resepi cheq sue ni :)

    ReplyDelete
  5. mmg cantik gebu roti tu.. tun xbape suka bakar terus dlm BM sbb mmg kerak tebal. tp dh oben msk wad tu, tpaksa la kn. tun kalau nk wat roti putih, mmg gula letak separuh je.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]