PAGES

Friday, November 1, 2013

Peach Blueberry Short Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Seperti yang saya dah nyatakan sebelum ini, saya tak berapa suka makan kek, tetapi ada masa-masanya saya merasa nak makan. Seperti baru-baru ini, macam terasa-rasa je sedapnya kek yang ada blueberry, jadi bersempena dengan ulangtahun CTS yang ketiga, saya pun buatlah sebiji kek dalam 0.5 kg berat untuk makan-makan dan dikongsikan dengan Mok Ja.


Untuk kek ni, saya menggunakan resepi yang dah pernah saya kongsikan sebelum ini, iaitu olahan daripada strawberry shortcake. Pada saya, resepi itu sangat mudah dan menjadi. Kebetulan saya ada membeli blueberry paste, maka saya gantikan strawberry dengan blueberry untuk menjadikannya kek yang berperisa lain pula. Untuk hasil sebelum ni boleh tengok kat sini.

Di dalamnya pula saya letakkan peach dan filling blueberry selain daripada limpahan filling di atasnya. Tengok sajalah di dalam gambar tu, memang saya tak jimat denga blueberry, main taruk aje. Tetapi bila dah siap, bila dah rasa, saya mendapati kek yang terhasil terlalu ringan sampai tak rasa keknya. Mungkin kerana saya memukulnya agak lama kerana semasa membuat kek itu, sambil saya memasak di dapur dan sambil menjemur kain. Tetapi kata Mok Ja, kek begitulah yang dia suka. Hish nak buat macam mana, citarasa orang tu tak sama.

Jadi saya copy semula resepinya untuk rujukan akan datang. Errr, harini dah mula bercuti lima hari sempena Deepavali dan Awal Muharam. See ya!


RESEPI BLUEBERRY SHORTCAKE
by : hanamemories.blogspot.com
Sumber : Kak Ida, Jepun
Olahan : Cheq Sue

Bahan-bahan (loyang 18cm)
3 biji telur (size M)
90g gula
80g tepung gandum - ayak
30g minyak jagung
1 sk blueberry paste


Cream/Filling
400ml whipping cream (non diary whipping cream) @ fresh cream
30g gula ( atau secukup rasa k )
1 tin peach - potong dadu saiz kecil

Cara-cara
Panaskan oven suhu 170.
Pukul telur hingga berbuih. Masukkan gula dan terus pukul hingga kembang putih dan gebu...ida pukul 5 minit
Masukkan tepung dan susu segar. Kaup balikkan hingga sebati. Last sekali masukkan butter cair. Gaul sebati. Alas loyang dengan baking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan spraykan (guna air biasa) bahagian atas kek supaya apabila masak permukaan kek kelihatan cantik dan tak kering. Bakar selama 30min ( kalau buat double, kena lebihkan masa bakar....lebih kurang 45 minit ). Sejukkan dan tanggalkan baking sheet tadi.

Untuk membuat filling
Putar whipping cream dan juga gula hingga putih gebu. Jangan over mix yer.. ketepikan. *jika guna non diary whipping cream rasanya tak perlu tmbh gula sbb dah ada gula.rujuk link di atas.
Bila kek dah sejuk, belah tengah kepada dua/tiga bahagian. Kemudian sapukan cream. Taburkan peach dan jalurkan blueberry filling. Letak lagi cream menutupi peach. Tutupkan lagi dgn kek. dan ulang langkah tadi.
Sapu keliling kek dengan cream. dan hiaskan ikut suka.
Sejukkan baru potong.

1 comment:

  1. eh... simple pulak bahan dan cara buat kek dia. ingatkan kene asingkan putih telur tu.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]