PAGES

Tuesday, November 19, 2013

Resepi Nasi Goreng Telur Masin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya pernah melihat sebuah rancangan memasak di tv, di mana ketika itu chef menyediakan nasi goreng telur masin (masakan cina). Tak terfikir pula yang saya juga akan membuat nasi goreng seperti itu. Alkisahnya, belen telur masin dari kerabu masih ada dua biji. Jadi memikirkan telur yang sudah berumur dan tak berapa nak elok lagi, saya pun cubalah buat nasi goreng ikut pandai sendiri. Agak-agak boleh makan, kira ok la tu.


Oleh kerana telur masin saya tu sangat le masin, jadi saya hanya menggunakan bahagian telur merah. Saya pecahkan dan asingkan dua bahagian tu kemudian dimasukan ke dalam air meindidih sehingga ianya betul2 masak. Rupa-rupanya kan...bila dipecahkan telur masin tu baru le saya tahu yang telur putihnya tak seperti telur biasa... mcm air je.

Bila dah masak, eh rupanya sedap jugak nasi goreng ni. Rasa lain dari yang selalu dibuat. Lepas ni kalau ada belen telur masin tu boleh la cuba. Di bawah tu saya ada kongsikan resepi kot ada yang nak mencuba.


NASI GORENG TELUR MASIN
Resepi : Cheq Sue

Nasi sejuk + bawang putih + sayur sawi + kiub ikan bilis + 2 biji telur masin (telur merah) + sedikit gula

- Pecahkan telur masin, rebus bahagian merahnya sahaja di dalam air mendidih
- bila sudah masak, lenyek dan gaulkan dengan nasi sejuk
- tumis bawang putih, masukkan sayur dan kiub ikan bilis (boleh tambah sedikit air untuk melarutkan kiub)
- masukkan sedikit gula
- masukkan pula nasi yang telah dilenyek dengan telur masin
- kacau hingga rata

5 comments:

  1. ingat cheqsue pecah mentah mcm nasi goreng biasa rupanya guna yg telur masin rebus ekk. dok masin sgt ke?

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum...che su..nampak sedap nasi goreng tu nnti bole la saya cuba...

    ReplyDelete
  3. Kalau yang bahagian merahnya tu kan Cheq Sue... kita memang suka ratah! Lagilah... sekarang ni di kampung banyak telur masin sebab memang pelihara itik telur... nak juga cuba buat nasi goreng guna telur masin yang kuningnya tu. Tq for sharing.
    P/S : Cantik pulak bunga bulat warna oren tu.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]