PAGES

Thursday, November 14, 2013

Resepi Sambal Belacan Buah Kuini

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semasa tidur di Kok Lanas, ada  beberapa biji buah kuini yang gugur dari pokok di depan rumah. Selain dimakan begitu sahaja, buah kuini juga sedap dijadikan sambal. Jadi bila dah ada, dengan buah yang sangat elok, saya godek-godek untuk dibuat sambal. Saya memang tak boleh makan pedas, jadi sambal saya ni tak berupa langsung lah... dan saya buat pun mengikut kesesuaian saya.

Yang sedapnya sambal ni kerana manis dan masam buah kuini tu. Kalau tang pedas nya tu saya awal-awal dah tolak. Pekena dengan nasi dan ikan goreng memang sedap sangatlah sampai bertambah. Dengan dua biji kuini yang dijadikan sambal tu, semuanya berselera semasa makan tengah hari.

Bila dah siap, nampak bersungguh sambal ni berposing dalam lesung. Barulah autenthic kan, sambal dengan lesung. Jadi kalau ada yang nak cuba buat saya tuliskan resepi di bawah ni... Juga untuk rujukan masa akan datang.


SAMBAL BELACAN BUAH KUINI
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 biji buah kuini - cincang kasar
2 biji cili merah
2 biji cili padi (jika nak pedas boleh lebihkan)
1" belacan
2 biji tomato (saiz kecil) potong dadu
Gula dan garam secukupnya 

Cara membuatnya :
Tumbuk cili merah dan cili padi hingga agak lumat
Kemudian masukkan belacan, tumbuk lagi
Bila sudah lumat, masukkan buah kuini dan tomato, tumbuk-tumbuk sedikit
Perasakan dengan garam dan gula

4 comments:

  1. lamanya tak makan sambal buah kuini. suka sangat!

    ReplyDelete
  2. alamak..kecur air liur.. ni kalo makan nasi, sure berpinggan2 tambah ni..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...sedapnya nmpk sambal ni...buah kuini pun mmg peberet saya dan bila dijodohkan keduanya ..pergh...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]