PAGES

Friday, November 15, 2013

Pasar Malam Malam Sabtu, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Siapa orang Pasir Puteh, sila angkat tangan! Ewahhhh... ramai rupanya ya yang sedaerah dengan saya. Meh saya nak kongsikan keindahan daerah saya dengan anda semua. Pasar malam Sabtu. Seperti namanya, ia di buat pada hari Sabtu, bermula lima petang sehingga 10 malam. Lebih kurang pasar minggu (Khamis) tetapi di pasar Sabtu kedainya tak berapa banyak. Lokasi pasar malam ni adalah di Jalan Tengku Razak, hadapan SK (L) Pasir Puteh. Berdekatan dengannya adalah Ekonjaya dan Taman Tengku Anis.

Jom-jom kita tengok gambar yang sempat saya snap semasa berkunjung ke sana baru-baru ini.


Murtabak. Setakat ni tak ada yag terbaik kecuali murtabak Kelantan. Dengan kuah pinknya memang sedap. Harga dalam RM2.50 aje. Penuh dengan isi dan perisa. Lemak pun banyak! Sesekali balik inilah yang saya tuju dulu.


Orang Kelainan Upaya (OKU) yang turut mencari rezeki. Saya pernah dengar dalam ceramah. Katanya ini bukan meminta sedekah tetapi lebih kepada kita membayar atas perkhidmatan yang diberikan. Sesekali kalau layan abang ni menyanyi, memang asyik. Suara dia pun sedap, kadang2 rasa sayu je. Jadi kalau korang jumpa OKU buat persembahan macam ni, bagilah seringgit dua. Penat dia hiburkan kita... Untungnya dia kerana dikurniakan Allah kemahiran bermain muzik yang tiada pada orang sempurna.

 

Ini kalau bawak Anisa atau Amar memang suka sangat. Belon dan belon buih. Baiknya jangan bawa budak-budak. Sebiji belon tu saya ingat lima enam ringgit jugak. Kalau tahan lama tak apa, ini main dua tiga minit dah mengecut. Membazir!


Kebetulan masa saya pergi tu tengah musim final bola, TRW dan Pahang. Ada pulak pakcik ni jual vuvuzela (betul ke eja??). Satu tu RM5, bunyi memang kuat sangat wehhhh...menusuk ke dalam hati perut. Kalau tengak syok memang boleh melompat dibuatnya.


Kuetiaw, mee dan nasi goreng dalam kuali besar. Suka tengok budak ni masak. Selain hensem, memang dekat lah dengan jiwa. Cara dia menumis, masuk itu ini memang berair mulut kalau saya tengok. Bau jangan cerita, memang sedap. Satu bungkus tu dalam RM2.50 - RM3 sahaja. Jangan tak percaya budak2 lelaki ni kalau masak boleh tahan sedap jugak tau!


Ayam percik untuk di jual begitu sahaja dan digandingkan dengan nasi kerabu. Kipas guna kipas elektrik, tak mainlah guna tangan ni, bila nak masak kan? Tak tahulah berapa banyak ayam yang diorang buat satu-satu masa. Lalu sini ambil bau je, macam P.Ramlee dalam cerita 3 Abdul. Errkkkk....


Udang galah pun ada juga. Untah berapa ringgit sepinggan ni tak tahu. Sedapnya kalau dibuat kerutup. Kalau dekat sini ada la lima enam puluh ringgit sekilo.


Wanita Kelantan yang sinonim dengan berniaga. Pergilah ke mana-mana, kelibat wanita memang ada menjual. Seperti makcik ni, rilek je menjual kacang, ubi dan jering rebus. Tu, yang satu lagi kat tepi tu korang tahu tak apa benda? Jom ke gambar seterusnya...


Inilah yang dinamakan BUAH PERAH. Saya dah lama tak jumpa buah ni. Yang dijual ni barangkali sudah di rebus. Agaknya ni tengah musim, ada beberapa tempat lagi yang turut sama menjual buah ni. Kalau nak lebih pasti lagi boleh search di Google. Kalau dibelah Pahang, orang buat asam rong dan dimasak bersama ikan. Sekali tengok nampak macam buah getah pun ada.


Bila ke pasar malam, boleh tengok macam2 yang orang niagakan. Macam abang ni ha, jual polish kereta je. Bercakap tak berhenti sambil menggosok badan kereta yang telah terpisah. Nampak macam menjadi, bersinar-sinar tempat yang digosoknya. Tapi dengan saya yang malas piang nak menenyeh membasuh kereta, abaikan ajelah..


Selain buah-buah import, buah-buah tempatan juga masih menjadi pilihan. Buah duku / dokong ni contohnya, tak tahulah datang dari mana. Kebanyakan tempat dah habis tapi di sini masih ada. Barangkali datang dari Siam. Seketika singgah di sini suka dengan gelagatnya yang berteriak melawan gerai sebelah untuk meningkatkan jualan buah masing-masing.


Ikan kering pun ada. Sedap dimakan dengan pulut. Masa hujan inilah menu pilihan.


Di jalan paling hujung, ada pakcik menjual ikan hiasan. Bila tengok yang bergantungan ni suka nak beli tapi bila fikirkan kesibukan dan tak ada masa, silap haribulan sampai di CH dan menemui ajal. Jadi sembang2 dengan pak cik tu dia senyum je dengar bebelan saya. Di sini ada ikan keli albino dan udang galah. Kalau taknak pelihara masuk aje dalam kuali buat lunch! Uiiiit kejam!


Dah habis pusing-pusing, kita balik lah pulak. Tengok tu, kemain banyak kereta di jalanan, semuanya dah selesai membeli dan nak balik jugak. Di sini menjelang azan kebanyakan gerai mematikan lampu dan menghentikan jualan. ngat tu tau!

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi, tapi cukuplah sedikit perkongsian. Kalau ada yang nak datang ke Pasir Puteh tu singgahlah di sini pada setiap hari Sabtu.

4 comments:

  1. dulu masa wat master kat usm, selalu gak gi join usrah pasir puteh :) biasa gi ptg khamis or hari jumaat, jd xberkesempatan merasa pasar malam sabtu nih.

    ReplyDelete
  2. Aslmkum Cheq Sue

    mamasya kalau pergi psr mlm suka tengok bgh makanan....mcm2 ada nampak sedap belaka. terutama kalau psr mlm di Kel pasti lagi meriah makanannya.

    ReplyDelete
  3. Waaa....seronoknya pegi pasar malam... macam2 ada

    ReplyDelete
  4. Buah perah tu memang orang kampong husben kak ina suka sangat makan...kunyah macam makan snek aje..he he..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]