PAGES

Saturday, November 16, 2013

Nasi Kukus Irdina, Bandar Lama Gua Musang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lagi n3 JJCM. Biasanya kalau saya makan di luar dan nak kongsikan tempat tu di bawah label JJCM, saya selalunya ambil gambar guna fon aje. Serik dah angkut kamera besar tu bila ada orang soal macam-macam.


Kali ni saya nak kongsikan satu kedai makan di Gua Musang yang saya singgah baru-baru ini. Selalu jugak lalu tempat ni tapi tak dan nak singgah, sokmo makan di nasi ayam ataupun di nasi kukus yang satu lagi. Kalau ada kesempatan saya akan kongsikan kemudian. Kedai makan ni agak besar jugak, jelas nampak di tepi jalan keluar dari bandar lama Gua Musang dek kerana warnanya yang terang lagi memikat tak lain tak bukan warna TRW kebanggaan rakyat kelantan.


Seperti namanya, kedai makan ni berkepakaran dalam menyediakan nasi kukus. Tapi kebetulan masa saya makan tu masih awal lagi. Nasi kukus sedang dalam proses, masih dalam kukusan setinggi saya. *_* Nampak sangatlah bahawasanya saya ni kemetot...

Lauknya ada banyak jugak. Selain gadingan gulai dan kuah-kuah untuk nasi kukus, ada juga lauk sampingan yang di makan dengan nasi biasa. Yang saya suka, di sini juga ada gulai serati. Mesti cuba! Seingat saya di sini ada ayam percik, gulai ayam, gulai daging, dan bemacam lagilah.


Antara yang di makan. Nasi + daging masak hitam, nasi + gulai serati, nasi + ayam percik dan nasi + ayam berempah + kuah kari. Harganya pula saya lupa nak catat, maklumlah hari tu ada orang belanja.

Kalau ada yang nak singgah, bolehlah masuk ke bandar lama Gua Musang sehingga bertemu hotel dan bergerak ke hadapan sedikit bersebelahan dengan pondok polis, di situlah letaknya kedai makan ni.

Jangan lupa singgah!

2 comments:

  1. salam che sue...salam kenalan..seronok nyer tgk jjcm..pasar mlm lagi ...rindu sgt kat pasar mlm mcm ni

    ReplyDelete
  2. saya belum pernah sampai ke gua musang lagi, tak dapat nak bayangkan di mana kedudukan kedai ni

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]