PAGES

Sunday, December 22, 2013

Al-Kisah Pemanduan Balik KL - PP

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apabila kakak saya meminta saya menghantar dia sekeluarga ke KL baru-baru ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah bagaimana untuk balik. Sehingga kini sebenarnya saya tidak pernah memandu di area KL. Paling  tidak pun saya hanya melalui highway dan ke tempat yang saya biasa seperti PD (baru-baru ini) dan juga Hulu Langat. 

Kebetulan adik saya tamat presentation tesisnya pada 19 November, jadi sebagai kakak saya telah memaksa dia untuk mengorbankan tiket bas yang telah dibeli dan balik bersama saya. Sebenarnya nak memandu tu tak ada masalah, cumanya kalau seorang agak terketakutan sedikit. Walaupun rumah kakak saya  tu bukanlah dalam bandar, hanya di pinggir-pinggir sahaja, tetapi faham-faham sajalah KL kan... salah lorong sikit berpotensi untuk sampai ke tempat lain. 

Wajah pelangi di langit Penjom semasa perjalanan ke KL

Pada Pagi 20 November, dalam pukul 11.30 pagi saya bertolak balik. Belum keluar dari rumah jantung dah berdegup kencang. Aishhh macam mana lah orang dok KL tu ya? Nasib baik ada adik di sebelah yang meneman berbual. Saya menggunakan sepenuhnya aplikasi WAZE (download dalam phone) untuk menuju ke Tol Gombak. PAPAGO memang dah ada tapi saya macam tak reti je nak guna. Hi hi hi....

Alhamdulillah pemanduan berjalan lancar. Hanya ikut sahaja arahan yang diberikan. Trafik pun pada ketika itu berjalan lancar cuma di susur keluar MRR2 sahaja agak sesak sedikit. Syukur sangat-sangat. Selepas tol Gombak dapatlah saya meneruskan perjalanan ke Bentong dan seterusnya.

Yang kelakarnya, semasa di Raub, saya memandu je ikut  signboard KOTA BHARU, tapi dalam hati terfikir jugak kenapa lengang sangat jalan ni... Hanya sesekali ada kereta berselisih. Kiri dan kanan banyak pokok kelapa sawit. Dalam hati dah cuak. Saya tanyakan pada adik... kenapa tak sampai-sampai lagi ke KUALA LIPIS? Drive punya drive...tahu sampai kat mana? Mmmmmm SUNGAI KOYAN!!! Rupa-rupanya dari Raub saya telah masuk ke jalan Sungai Koyan tanpa disedari. Hairan. Pelik bin ajaib. Kononlah dok sembang dengan adik, kalau ikut Sungai Koyan pun boleh...rupa-rupanya memang dah ikut pun...

Jadi, redho dengan apa yang berlaku, saya ikutlah pula signboard GUA MUSANG, sehinggalah keluar ke jalan besar Raub - Kuala Lipis. Fikir-fikir, malu pulak bila sesat kat jalan ni. Takkan nak pakai WAZE jugak kan... Haishhh, pengalaman. Apapun syukur kerana dalam pukul 7 malam saya akhirnya selamat sampai di rumah...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]