PAGES

Tuesday, December 31, 2013

Apam Tepung Gandum... Entry Terakhir 2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini merupakan n3 terakhir tahun 2013. Semuanya berjumlah 328, kurang sedikit dari n3 tahun sebelumnya. Apapun saya berharap segala yang telah dikongsi memberi manfaat. In Sha Allah jika diizinkan saya akan terus berkongsi dengan anda semua di tahun 2014.

Apam gandum ni saya buat masa bercuti di kampung. Bila dok rumah mak ayah, kadang2 kena fikir nak masak apa... Kalau kata kuih muih moden ni diorang tak pandang sangat. Saya pulak kebetulan memang dah lama nak cuba apam ni. Tambah pulak anak2 sedara memang ada di rumah. Mmmm memang seronok la masak, saya buat ni pun satu adunan seperti yang dibuat Mat Gebu.

Lepas sembahyang Subuh saya bancuh adunan dan kukus dua jam kemudian. Elok je naiknya. Walaupun begitu tak berongga seperti yang sifu buat. Ada jugak rongganya..cuma tak nampak dalam gambar. Anak sedara saya pulak tak menyempat tunggu apam ni sejuk, dah menunggu nak makan. Bila potong memang tak cantik la sebab masih panas. Kat dalam gambar tu walaupun nampak agak padat tapi sebenarnya ia sangat lembut dan gebu.

Memang puas hati lah dapat makan apam ni. In Sha Allah boleh buat pulak lain kali. Saya copy resepi di bawah untuk rujukan akan datang. TQ Che Mat...


APAM TEPUNG GANDUM
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula perang (brown sugar)
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

4 comments:

  1. Selamat tahun baru cheq shue.... sedapnya akak tengok kuih apam tu :)

    ReplyDelete
  2. akak suka ni apam ni cheqsu, tak jemu di makan pagi petang siang malam

    ReplyDelete
  3. Teringat dulu kak ina buat jual apam tepung gandum ni..cuma kak ina tambahkan santan sikit... lama dah tak makan :)

    ReplyDelete
  4. Selalu tengok resepi mat gebu... Tapi jarang buat...hheee

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]