PAGES

Monday, December 30, 2013

Resepi Telur Dadar Daun Ramunggai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan menu klasik my cek. Dia memang suka kalau telur didadar dengan daun (pucuk) ramunggai - bahasa Kelantannya 'mungga'. Ini lebih kurang sebagai penambah lemak dalam telurlah... tak rasa pahit pun kerana bahagian pucuk saja yang digunakan. Selain digoreng dengan telur seperti yang saya buat ni boleh juga kalau nak campurkan dalam masak lemak putih. Memang sedap. Contohnya macam lemak putih keledek atau pun kulat sisir.


Kalau tengok dalam gambar tu memang tak cantik langsung. Serupa jugak seperti telur dadar biasa cuma warnanya gelap sikit. Rasanya susah sikut nak describe... korang kena buat dulu baru boleh tahu...


Nisbah campuran telur dan daun. Agak2 la kang kalau banyak daun jadi cam kambing lak katanya... he he he...

Yang dibawah ni adalah daun ramunggai dalam keadaan asli. Nasib yang ni pokoknya rendah jadi bolehlah ambil dengan tangan. Saya ingat dulu arwah tok guna pucuk ni untuk ubat burung tekukur dengan menggumpalkannya. Pokok ni ada jugak berbuah dan sedap jika dibuat gulai atau kari. Saya tak pernah buat lagi tapi pernah tengok Kak Diana post di blognya.

Nanti korang cuba la ya... resepi ringkasnya ada saya tulis di bawah...


TELUR DADAR DAUN RAMUNGGAI
Resepi : Cheq Sue

3 biji telur + 3 ranting daun ramunggai (asingkan daun dengan ranting) + 1 biji bawang besar (mayang) + secubit garam

campur semua bahan, kacau hingga sebati
panaskan minyak dan goreng seperti telur dadar biasa

7 comments:

  1. salam cheq sue..

    baru pernah dengar daun ramanggai tu..mungkin disini panggil nama lain..

    ReplyDelete
  2. Telur dadar memang menu paling simple tp menyelerakan... kdg2 jd menu penyelamat bila malas nk memasak kan... hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam cheq sue.. tun pon 1st time dgr nama daun nih. agak2 kalau jumpa pon xkenal pokok nih.

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pulak daunnya boleh dimasak akak selalu tengok masak kari mamak jer buahnya tu :)

    ReplyDelete
  5. biasanya daun ni kalau orang kedah buat masak lemak cheqsu, tak tau pulak boleh di campur dgn telur dadar, macam sedap jeee

    ReplyDelete
  6. kita pun suka makan telur goreng macam ni.tapi sekarang susah nak jumpa daun ramunggai.

    ReplyDelete
  7. Dah cuba...sedap weii..
    Buah dia buat sup atau gulai...
    Baik untk anti kanser.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]