PAGES

Sunday, December 8, 2013

Hotel Cozzi, Teluk Kemang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selepas kawan sekolah saya bercuti di PD, eh tetiba pulak saya rasa nak ke PD jugak. Saya  ni kalau nak ke mana-mana jarang nak plan, biasanya on the dot je. Jadi dalam masa 1 minggu, uruskan penginapan dan survey apa yang patut, trip ke PD pun jalan je.. Jadi di sana saya menginap di Hotel Cozzi hasil survey di internet dan juga booking oleh sepupu Mok Ja. Hotel ni terletak di Teluk Kemang. Mudah je nak cari.


Hotel ni tak tahulah berapa bintang tapi agak selesa juga. Ada lif untuk naik ke bilik. Harga pun ok. Saya ambil bilik dengan 1 katil besar dan 1 katil kecil RM 140 semalam. Nak cari makan pun mudah, pagi2 ada makcik meniaga nasi lemak di pinggir jalan. Keluar jalan kaki pun boleh. Kebersihan pun ok. Memang takleh lari la bagi mana-mana hotel di tepi pantai, bab pasir tu tak boleh elak...


Dan yang paling penting di bahagian belakang hotel ni ada disediakan kolam renang. Yang boleh saya kata, pergi ke PD tapi mandinya di kolam. Memang ouas hati berenang (kononnyaaaaa) di kolam ni kerana kedalamannya lebih kurang sehingga leher saya. Dalam 4 meter lebih-lebih kot.

Kalau nak bawa anak-anak, memang sesuai menginap di hotel ni. Kalau nak mandi di laut, memang tak puas, takut pulak tu dengan ombak yang kuat. Jadi bila ada kolam ni sesuai sangat nak mandi-manda, cuma perlu di awasi lah. Di sebelah kolam dewasa, ada disediakan kolam untuk kanak-kanak. Untuk gelongsornya oula hanya dibuka pada hujung minggu dengan minimum 10 orang dan mestilah tinggi lebih 4 meter. Tapi kalau saya takmolah naik gelongsor ni, takut beb!


Buat sape yang nak ke PD, boleh tengok laman web ni kot-kot sesuai dengan apa yang diingini...

5 comments:

  1. Kak ina pun kalau nak booking hotel kat PD ni kena pastikan ada kolam renang... biar anak puas mandi kat kolam renang dulu..he he...OK gak hotel tu yek..

    ReplyDelete
  2. sy pn penah menginap di hotel ni.dah puas mandi laut, sblm naik bilik terjun kolam dulu.he3

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]