PAGES

Monday, December 9, 2013

Sepatutnya Hari Ini Saya Ke Luar Negara!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Sepatutnya hari ni saya dalam penerbangan ke luar negara. Ke mana? Biarlah itu menjadi rahsia. Sejak awal tahun 2013 saya and the gang telah membuat perancangan untuk ke satu tempat berjarak 6 jam penerbangan... tempat yang sangat mendamaikan, cantik dengan pemandangan dan bakal memberi pelbagai pengalaman. Katanya di tempat berkenaan ada salji yang akan turun... maka berbunga-bungalah hati setiap kami untuk merasa bagaimana keadaan sebenarnya benda yang bernama salji itu.... Dalam tidur termimpi-mimpi, dalam jaga teringat-ingat. Begitulah penangan percutian yang dirancang di hujung tahun ini.

Saya bersiap sedia dengan 2 helai baju tebal untuk menahan sejuk. Dengan topi, sarung tangan dan mafela yang dibuat sendiri, saya betul2 telah meletakkan separuh hati saya di sana. Saya telah menyenaraikan apa yang akan dibawa serta membuat budget, hanya duit sahaja yang belum ditukar. Malahan borang ke luar negara sudah pun saya hantar ke JPN.

Saya merancang ke sana bersama lebih kurang 20 orang yang lain dengan menggunakan pakej dari seseorang yang saya kenal. Sebelum bersetuju, saya berkali-kali membuat semakan di FB tentang pakej berkenaan. Harganya murah, tempat melawatnya banyak dan hotel menginapnya selesa. Masing-masing mengatakan pakej itu murah, hanya di bawah RM2k. 



Apabila sampai di satu tahap, tak ada apa-apa maklum balas dari pihak yang mengadakan pakej, saya merasa agak cuak dan curiga. Jadi atau tidak? Sedangkan ketika itu ada beberapa perkara yang perlu dibereskan. Dengan satu panggilan, dia datang ke CH memberitahu perkara sebenar. Katanya percutian kumpulan kami terpaksa ditunda ke Mac 2014 kerana masalah teknikal. Disebabkan kekeliruan yang berlaku pada kumpulan percutian (November) maka dia telah dikenakan penalti selama tiga bulan. Aduhai... Tuhan sahajalah yang tahu perasaan saya. Speechless...

Jadi dia memberikan tiga pilihan...

Yang pertama, pergi pada bulan ini dengan pakej yang lain tetapi perlu ditambah bayaran lebih kurang RM1k.

Yang kedua, pergi pada bulan Mac 2014

Yang ketiga, dikembalikan semula bayaran deposit dua minggu selepas tarikh penerbangan.

Jadi macam mana? Apa pilihan yang boleh saya buat. Mmmmm fikir dulu! Dengan kecewa yang masih bersisa di dalam dada, maka bercutilah saya di Kelantan pada tempoh yang telah ditentukan itu...

7 comments:

  1. Mungkin ada hikmah atas apa yg jadi....
    Mmg frust juga rasanya....

    ReplyDelete
  2. kesiannyer.. kalau tun pun mmg frust habis lah.. semoga ada rezeki cheqsue nk pegi melancong tu.

    ReplyDelete
  3. Sabar lah cheq sue.
    Tapi, 6 jam perjalanan tu adekah ke Korea? hiii.
    Tapi, if betul apa yg saya sangkakan ini, mmg ade hikmah sgt sebab apa ditunda.
    Jika kat korea tu, skrng ni musim winter. Memang teramat sejuk lah. Sy yg dh biasa winter di Japan ni pon masih x tahan dengan suhu winter di korea (sebab last year bln 12 sy ke korea). Nak keluar berjalan tu siksa ya amat. Dengan jalan yg sudah menjadi ais, memang jatuh tergolek tu dh jadi bende biasa. Sakit pinggang.

    Kalau gi bln mac tu, mmg sesuai sgt utk bercuti. Suhu pon bukan di tahap beku lg. Lebih kurang belas2 je. So, tak membazir jugaklah persiapan cheq sue ni sbb bln 3 still lg sejuk. Tapi tak sesejuk winter lah. :)

    Harap cheq sue sabar k. :)

    ReplyDelete
  4. salamcheq sue..

    em, memang sedih dan frust rasanya tu kan bila apa yang dirancang tidak menjadi..sabar ja la ya..mungkin ada rezeki untuk pegi di lain masa..

    ReplyDelete
  5. salamcheq sue..

    em, memang sedih dan frust rasanya tu kan bila apa yang dirancang tidak menjadi..sabar ja la ya..mungkin ada rezeki untuk pegi di lain masa..

    ReplyDelete
  6. frust nyer...tapi see the brighter side lah kann..Ada lah tu perancangan Tuhan yg lebih baik dari ini..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]