PAGES

Saturday, December 28, 2013

Ikan Talapia Bakar Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Tak sangka rupanya di kampung harga ikan talapia agak mahal. RM10 per kilo. Kalau dekat CH baru RM5 - RM6. Seekor yang saya beli ni harganya RM2. Tak la besar sangat, macam yang saya selalu beli tu aje. Ya... memang saya beli seekor je. Orang kat rumah ni bukannya suka sangat ikan talapia. Saya beli seekor, saya yang makan semuanya.

Godek2 internet, berkenan pulak dengan resepi Kak Gee ni. Ikan bakar dengan tempoyak. Kebetulan di rumah memang ada stok tempoyak. Lagi pula masakan ni saya belum cuba lagi. Sekejap saja menggodeknya. Bakar dalam pemanggang ajaib. Tak sampai 15 minit dah pun boleh makan. Saya makan dengan nasi panas gitu je, malas nak buat cicah. Tapi yang sebenarnya kalau dimakan dengan pencicah tu lagi sedap. Kalau tak percaya silalah cuba... 

TQ Kak Gee... Saya copy semula resepi di bawah ni ya..


IKAN TILAPIA BAKAR TEMPOYAK
Resepi : Kak Gee

3 ekor ikan tilapia - bersihkan
1/2 cawan tempoyak
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kuiyit muda ~mayang halus
3 helai daun kunyit
garam
gula

Cara :
Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi.
Tambahkan sedikit garam dan gula.
Campurkan ke dalam tempoyak.  masukkan daun kunyit muda yang dimayang halus dan gaul rata
Lumurkan bancuhan tempoyak ini ke atas ikan tilapia tadi.
Balutkan ikan dengan daun kunyit dan bakar.
Ikan bakar ini sedap dimakan / dicicah dengan air asam.
 

6 comments:

  1. salam cheq sue..

    Nampak sedap sangat ikan tilapia bakar tu..cicah pula dengan air asam memang sedap..

    ReplyDelete
  2. Kalau orang Pahang panggil PAIS... feveret kak ina dan husben ni :)

    ReplyDelete
  3. Ikan tilapia ada 5 ekor dalam peti sejuk, kunyit hidup ada, tem[oyal ada.... daun kunyit je tak ada... hu huuuu teringin!

    ReplyDelete
  4. Mmg sdap pun mkn dgn nasi pnas2...x yah buat cicah pun da ok kan...😊

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pheww, meleleh air liur. nak buat la harini, tq share resipi
      follow saya :) ---> http://amalinamohayidin.blogspot.com

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]