PAGES

Friday, December 27, 2013

Kerepek Pisang Tanduk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semasa ke Melaka baru-baru ni, nak terjojol rasanya mata saya bila melihat pisang tanduk yang bergantungan semasa melalui Pasar Alor Gajah. Kalau di CH, jangan kata pisang tanduk, pisang biasa pun payah nak jumpa.

Saya memang pantang jumpa pisang tanduk, mesti nak beli. Dalam pengajaran saya di sekolah, memproses kerepek pisang merupakan salah satu bab yang perlu diajar di tingkatan 5, kalaulah mudah dapatkan pisang ni bolehlah saya tunjukkan pada pelajar.


Saya beli 3 biji aje pun, sekilo RM6. Boleh tahan jugak. Kalau masih sekolah boleh beli banyak sikit tapi masa tu pun dah cuti, ada 3 biji pun dah cukup. Memang saya dah niat nak buat kerepek. Kalau beli banyak-banyak sampai membazir tak sedap jugak kan... Walaupun 3 biji aje, tapi memang puas makan kerepek. Satu balang saya bawa balik kampung dan satu balang lagi saya makan sambil nengok tv...

  
Lihat sajalah pisang yang telah disagat. Tengok pula saiznya macam mana. Jika dibandingkan dengan pisang biasa, pisang tanduk kurang sedikit getahnya. Jadi kalau sagat terus sebelum digoreng tu tak ada masalah nak masukkan dalam kuali satu per satu.

 
Untuk goreng kerepek pisang tanduk ni bagus jika kita menggunakan minyak yang banyak supaya pisang tidak bersesak di dalamnya dan masak sekata. Masa menggoreng tu selalu kacau supaya permukaannya dapat digoreng dengan sempurna. Ewahhhh... rasa macam dok mengajar dalam kelas pulak.

Untuk kerepek ni saya hanya menggorengnya begitu sahaja tanpa meletakkan air garam atau menyiranya dengan air gula. Bagi saya kerepek pisang tanduk lebih sedap dimakan secara alami... -_- Jadi takyah la saya tuliskan resepinya kan? Semua dah tahu buat...

2 comments:

  1. teringin nak buat tapi bak kata akak, susah nak cari pisang tanduk ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nengok kerepek pisang tu....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]