PAGES

Monday, December 16, 2013

Kerabu Pucuk Paku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ada apa-apa je kerabu di rumah, memang akan makan bertambah. My cek tu suka sangat kerabu. Kebetulan dia ada bawa balik pucuk paku jadi saya buatlah kerabu untuk dia.

Nak buat kerabu stail Kelantan ni tak susah. Yang perlu hanya sambal kerisik / sambal nyor dengan santan pekat sahaja. Kalau ada belen sambal nasi kerabu pun boleh guna.


Dah pun siap. Lengkap dengan sambal nyor dan santannya. Dah sediadi makan.


Pucuk paku yang dicelur terlebih dulu. Kalau tengok ada merah-merah dalam tu adalah pucuk midin yang dikutip sama. Saya belasah ajelah... Santan tu pulak saya perah gunakan air suam untuk mengelakkannya cepat basi.


Ini pula buah beko yang juga boleh dibuat kerabu. Hanya bakar atau celur kemudian dikikis kulitnya. Buah ni pahit sikit... kalau ada nanti saya share gambarnya.

Untuk resepi boleh rujuk n3 nasi kerabu sebelum ni... payah pulak nak copy paste... nak link n3... haishhh

7 comments:

  1. Kerabu memang sentiasa membuka selera kan... tak sabar nak berkenalan dengan buah beko... tak pernah tengok!

    ReplyDelete
  2. mala mmg suka kerabu. tak kira la kerabu apa pun. kalau pucuk paku ni suka yg di capur taugeh, perut/kerang dan kerisik. sedapnya .... kena tunggu thn depan baru dapat merasa pucuk paku :-)

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnyer kerabu tuh... cume kerabu yg last tuh tak penah jmpa kak

    ReplyDelete
  4. Lama akak tak makan kerabu pucuk paku ni cheq shue... sedap akak tengok :)

    ReplyDelete
  5. saya suka sgt kerabu pucuk paku..
    tambah-tambah lagi campur dengan kerang! sungguh yummy^^

    ReplyDelete
  6. memang nampak sedap dan membuka selera..

    ReplyDelete
  7. Tgk kerabu tu, teringat MIL kat kampung.. kerabu MIL mmg mabeles :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]