PAGES

Wednesday, December 18, 2013

Semalaman Di Wad Kanak-Kanak Hospital Tengku Anis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Malam 16 haribulan yang lala, saya dikejutkan dengan berita emak saudara kemalangan. Kereta vs kereta, langgar secara berdepan. Terkejut dan tergamam. Selepas sembahyang Isyak saya dan mek bergegas bahagian kecemasan Hospital Tengku Anis Pasir Puteh. Sewaktu melalui kawasan kemalangan dapat dilihat kedua buah kereta dengan keadaan yang agak teruk. Rupanya di dalam kereta yang dipandu emak saudara saya ada bersama anaknya adalah 4 sepupu yang lain.

Di hospital, suasana agak kelam kabut. Kebetulan pada malam itu ada banyak juga kes yang masuk. Senario biasa wad kecemasan kannn...

Emak saudara saya yang dipanggil CHIK telah diperiksa dan di xray kerana sakit di bahagian dada. Pergelangan tangannya pula patah dan terpaksa disimen. Anaknya pula hanya pecah bibir mulut dan berdarah sedikit. Oleh kerana dia pengsan semasa kejadian dicampur pula dengan keadaan terkejut maka dia terpaksa ditahan di wad. Dan orang yang paling layak menemannya di dalam wad adalah saya!  Kalau ada yang perasan blog tak berupdate, tak ada BW itu kerana saya sedang berada dalam wad.


Dah masuk wad.. kenalah injek untuk masukkan air. Dup dap dup dap budak ni kenalim agaknya nak kena cucuk. Jangan kata budak..kalau saya kena cucuk pun takooot jugak.


Makcik sister pun baik2 semuanya. Sabar semuanya melayan karenah budak-bydak bermacam ragam. Kebetulan malam tu wad penuh.. semuanya berpenghuni. Simpati sangat2 pada baby dan kanak2 yang kebanyakannya demam. Dari umur 11 hingga baby berumur 2 bulan...bila mereka menangis saya pulak yang turut nak menangis sama...

Bila tidur di hospital tahu2 sajalah. Tak harapkan keselesaan dan nyenyak tidur seperti di rumah. Sekejap2 terjaga bila si kecil merengek ataupun bila misi datang membuat pemeriksaan.

Itulah sedikit pengalaman di wad kanak2... agaknya dah ada anak nanti begitulah. Buat semua mangsa kemalangan tu termasuk 2 lagi sepupu saya yang patah kaki dan terpaksa disimen...semoga cepat sembuh.

7 comments:

  1. Syafakillah... semoga cepat sembuh untuk mereka semua cheq shue...

    ReplyDelete
  2. Oh! Kita yang tak biasa dengan situasi cemas memang terus dup dap dup dap kan Cheq Sue.... alhamdulillah, semuanya selamat, syukur!

    ReplyDelete
  3. semoga ALLAH permudahkan urusan cheqsu dan yang lainnya ya, mulia nya hati cheqsu sampai sanggup bermalam di hospital, seomga ALLAH membalas balasan yg setimpal dan sewaktu dgnnya pada cheqsu aminnnn

    ReplyDelete
  4. semoga ahli keluarga cepat sembuh ya..amin..

    ReplyDelete
  5. Tak sampai hati tengok anak saudara awak tu..alhamdulillah semuanya selamat...mudah2an semua cepat sembuh...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]