PAGES

Thursday, December 19, 2013

Steamed Eggs - Gaeran Jim 계란 찜

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hai semua, apa khabar? Hari ni beronline dari KL. Sampai malam tadi kerana menghantar kakak saya sekeluarga dek kerana keretanya eksiden juga 2 3 hari sebelum. Tengah  dok berdebar camana nak balik. Ini kali pertama nak memandu sendiri. Tengok ke jalan yang berselirat dan trafik yang sentiasa penuh aishhhh jenuh jugak. Apapun... nanti baru fikir.

Entry kali ni tampil dengan satu side dish masakan Korea. Dah lama dok terperap dalam draft... curi masa sikit nk update. Kalau tempat kita macam telur kukus seri rampai la....

Bila tengok koleksi resepi Korea saya, rasa pula nak cuba steam egg ni sebab ianya sangat mudah. Lagipun ianya boleh dimakan begitu sahaja. Saya makan dengan nasi panas dan kicap cair.



Simple saja kan? Kalaulah kita makan benda macam ni hari-hari, alamatnya mesti cantik jelita macam artis Korea juga. Tapi rasanya tak mampu la nak telan...sesekali boleh la..

Kot ada yang nak cuba saya copy resepi di bawah ni..


STEAMED EGG RECIPE (GAERAN JIM)

Ingredients:
4 eggs
3/4 cup water
2 tsp salt
1 scallion, chopped

Preparation:
In a heat safe bowl (porcelain or stoneware work best), whisk eggs, water, salt, and scallions together until fully combined.
If using microwave, cover the bowl with a plate and cook for 4 minutes.
If steaming on stove, steam bowl in steamer for 10 minutes over medium-high meat. You can also just put the bowl in a large pot with a few inches of water at the bottom (15 minutes over low-medium heat).

3 comments:

  1. Macam sedap jer... macam nak cuba jer... simple betul resepinya ;)

    ReplyDelete
  2. salam singgah. gambar dia cantik sangat. rasa macam tak sanggup ja nak makan kalau camtu keadaanya. hehehehe

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue, dah lama mala tak buat ni. anak suka sangat. yg mala buat guna sos ikan.

    http://alamroon.blogspot.com/2011/07/steamed-eggs.html

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]