PAGES

Friday, December 20, 2013

Lasagna Daging Gulung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesekali makan lasagna. Kebetulan memang dah lama beli kepingan lasagna segera. Daging burger pun ada, jadi sedang eloklah dapat habiskan stok dalam peti ais sebelum balik kampung. Sebelum ni memang dah pernah buat lasagna, tapi kali ni buat lain sikit. Sebenarnya nak buat macam dulu tapi sikit benar inti dagingnya, takut tak rasa pulak. Jadi saya ambil keputusan untuk membuatnya versi gulung. Kebetulan ada jugak crab stick, saya masukkan juga sekali.

  
Seperti selalu, saya buat ni pakai campak-campak aje. Tang resepi tu tak ada yang spesifik. Tengok mana yang ada di dapur, masuk dan rasa. Agak-agak ok jalannnn...


Hasil kejadian... Nak jadikan citer, oleh sebab oven saya rosak, maka saya angkutlah caserol ni untuk dibakar di rumah kawan. Bila masak tu sekali makan habis, Alhamdulillah... senang hati saya bila semuanya licin.


Sos daging yang saya guna hanya seperti base untuk pizza. Cuma saya tidak menumis gunakan minyak kerana di dalam daging burger dah ada minyak. Untuk sos putih saya hanya menggunakan sos cendawan segera dan hanya menambahkan hirisan cendawan ke dalamnya. Setelah digulung dengan sos daging, dan diatur ke dalam caserol, saya lapis dengan sos putih, kemudian gulung lagi lasagna sehingga habis sos daging dan seterusnya sos putih lagi. Bila dah habis saya tabur dengan keju cheddar yang dah disagat. Crabstick tu pulak saya selitkan antara lasagna. Lepas dah siap tu taruk ajelah dalam oven, bakar dalam 45 minit... Suhu agak-agaklah... 158-180'C pun dah ok.

Haaaa, kalau nak rujuk resepi boleh tengok yang ni. Saya minta maaf lah, malas lak nak menulis... :)

4 comments:

  1. sedap nih...mesti makan x ingt...tambah tgk ciznya tu...

    ReplyDelete
  2. Ada hikmah oven tu rosak cheq shue, boleh jugak mkn lagsana cara berjemaah... cepat licin.. sedapnya akak tengok chese tu yg byk :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah..teringin plk pcl nak makan lasagna ni nampak sedap !

    ReplyDelete
  4. menarik juga lasagna gulung... selalu duk melapis jer... lepas ni boleh cuba cara gulung pulak :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]