PAGES

Monday, January 13, 2014

Bread Pudding With Salted Caramel (Sauce) And White Chocolate Ganache Sauce

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau sape yang kenal saya, mesti mereka tahu yang saya ni tak berapa gemar pencuci mulut atau desert yang lembik. Kalau saya buat pun, hanya sedikit yang saya makan. Tak tahulah kenapa, memang tak boleh telan memenda yang lembik-lembik ni. 

Begitu juga kalau buat puding roti. Saya lebih suka jika puding roti tu masih berbentuk rotinya. Kalau yang menggunakan agar-agar, atau rotinya diblend, saya akan buat keras sikit. Berkenaan puding roti ni pulak, saya memang tak plan nak buat. Tapi memandangkan saya ada lebihan salted caramel dan white chocolate ganache masa buat white chocolate macadamia cake tu, sayang pulak kalau nak buang. Banyak tak banyak jugak, ada la dalam satu ramekin setiap satu. 

Ingat-ingat balik, puding roti menjadi resepi paling hit 2013 di CTS, sebab itulah saya buat untuk digandingkan dengan sos gabungan dua bahan tadi. Istimewanya puding roti ni kerana saya buat tanpa resepi. Ha ha ha... jarang benar benda ni berlaku. Selalu mesti nak belek resepi dulu!


Alhamdulillah, tak sangka menjadi. Betul, tepat dan kena dengan selera saya yang mahukan puding roti sedikit berkerak dan garing. Bila digandingkan dengan sos tu pulak aduhai memang sedap sungguh. Tetapi... ada tapinya pula! Ianya mesti dihidangkan sejuk, sebab jika dihidangkan pada suhu bilik memang agak manis. Coklat dan caramel katakan..semuanya menggunakan gula dan glucose.

Untuk membuat sos yang namanya sangat panjang itu, saya double boilkan kedua bahan dan saya campurkan dengan 1/2 tin susu cair. Agak susah jugak nak cairkan salted caramel tu, maklumlah suhu sejuk beku di CH sekarang ni.

Untuk resepi salted caramel dan ganache tu saya copy semula resepi kot ada nak buat lain kali. Resepi dari blog Kak Ita, very the thank you akak! Resepi puding roti ala-ala tu pun ada jugak saya sertakan...


PUDING ROTI
Resepi : Cheq Sue
7 keping roti - carik-carikkan
1 tin susu cair (++)
2 biji telur
1/4 cawan gula castor
Esen vanila

Campur semua bahan kecuali roti. Bancuh sehingga gula larut
Masukkan roti dan biar sehingga roti menyerap semua cecair
Masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser
Bakar 180'C selama 30-40 minit
Saya suka puding roti yang agak garing2 sikit 

SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Note : Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk
GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata

5 comments:

  1. best nampaknya... sy suka yg sweet2 ni... tapi sy takde oven

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dah lama gaksaya x buat breadpudding ni yumyum....

    ReplyDelete
  3. Akak suka pencuci mulut cheq shue.. bak mai akak sepiring ehe :D

    ReplyDelete
  4. Salam Cheqsu ,lama kak rasa tak masuk dapur kawan-kawan. Sedap ni..

    ReplyDelete
  5. salam ziarah n terus polow.. bes nyer nampak puding tuuu... tapi i diet.. so.. KIV dulu noh ...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]