PAGES

Sunday, January 12, 2014

C@AC 13 : Beef Lasagna




Mmmm, dah banyak barang yang kurang ni. Aloyah memeriksa bekas yang biasa digunakan untuk menyimpan segala keperluannya membaking. Kalau ajak Fiza ke Ipoh best jugak, boleh sambil-sambil menyopping. Badariah masih menyiapkan keperluan perkahwinannya tak akan berlangsung tidak lama lagi. Kadang-kadang dia dan Fiza ada juga menolong apa yang perlu.
‘Aku nak ke Ipoh hujung minggu ni.’
Pucuk di cita, ulam mendatang. Baru sahaja Aloyah ingin memberitahu Fiza, gadis itu mendahului.
‘Aku baru nak ajak kau. Barang-barang aku dah banyak yang tak ada ni.’
‘Mail ajak aku pergi. Dia nak beli barang PK (pendidikan khas).’
Erkk... sambil nak date la tu. Jauhnya sampai ke Ipoh.
‘Alamak, camana nak tumpang ni, karang kacau orang date pulak.’
‘Hish, bukan nak date la. Kebetulan je dia ajak. Aku pun nak cari barang pra. Jom la ikut sekali, tak la aku segan sangat. Mail tentu tak kisah.’
‘Tak nak la. Nanti apa pulak dia kata.’
Aloyah bukannya tak boleh pergi sendiri. Tetapi tak ada kawan boring pulak dia nak membawa kereta. Tak mengapalah, lain kali dia boleh pergi semula. Aloyah ke dapur. Dia mahu membuat lasagna daging yang dilihatnya di blog Dapur Tanpa Sempadan. Sebenarnya dalam resepi tu menggunakan ayam, tapi Aloyah ada stok daging cincang aje.
‘Cuba kau tengok ni.’
Aloyah menyengetkan badan.

Ø  Buleh jah eh, bakpo xleh nyo. Koho rama koho suko. Keto sayo besa, takat Loyah nak masuk tu bereh jah.
Rupanya Fiza dah bertanyakan kepada Mail. Aduhhh Syafiza ni. Dia bukannya apa. Setakat nak menumpang Mail tu tak menjadi masalah tetapi Fiza bukan tak tahu kalau dia dah masuk ke kedai baking. Macam lebah masuk taman bunga la jawabnya.Tak mengapalah, boleh juga kalau pergi ramai-ramai. Baru happening sikit. Aloyah meneruskan projek lasagnanya. Dia sebenarnya tak pernah buat pun lasagna ni. Haritu masa ke Ipoh, dia terjumpa di bahagian pasta, kepingan 4 segi memanjang seperti plastik. Dia pun beli la saja nak cuba. Bila di google ada banyak resepi yang boleh dicuba tetapi dia berkenan pula dengan resepi sumbangan sifu Mat Gebu.
Dalam resepinya memang nampak banyak bahan tetapi tak la susah sebenarnya. Cara nak membuat sos putih tu macam nak buat sos carbonara je. Untuk fillingnya pula lebih kurang cara nak buat sos pizza. Cuma yang Aloyah tak faham cara nak lembutkan lasagna tu. Kalau pasta biasa dia masukkan aje dalam air panas mendidih dan letak garam dengan minyak zaitun. Tapi yang ni dia masukkan 3 keping semuanya melekat. Rupa-rupanya lasagna ni kena rebus satu-satu, baru tak lekat. Al-kisahnya...mana la Aloyah tahu. Dok bajet sama je dengan pasta yang lain. -_-
Setelah bersilat hampir 2 jam di dapur dan lasagna sudah selamat dimasukkan ke dalam oven, Aloyah menyertai Syafiza yang sedang berinternet. Dia mahu menghabiskan beberapa episod lagi drama Boys Over Flower.
Hish...asal tengok drama ni je mesti ingat Encik Paris. Nak buat camana, mukanya memang sama dengan Lee Min Ho yang serius nak mampus tu. Aloyah setakat ni belum lagi  melihat Encik Paris tersenyum. Kalau tengok dalam drama ni, bila Gu Jun Pyo tu senyum adehhh memang cair dia dibuatnya. Bukan tak hensem, bukan tak lawa. Kalaulah Encik Paris senyum mesti hensem tapi entah kenapalah susah sangat. Ish ish ish...

Aloyah sudah siap. Dia hanya berpakaian ringkas. Cukup selesa dengan seluar kembang dan blouse. Shawl gaya biasa dikenakan. Lagipun dia tak boleh melawan Syafiza, kang nanti Mail terpikat kepadanya pula. Sling beg dicapai dan dia menunggu di ruang tamu. Janji nak keluar pukul 9, ada 15 minit lagi. Syafiza masih belum siap, tengah berdandan la tu. Bada pula ada kursus kahwin minggu ni. Bakal suaminya datang dari Kuala Lumpur dan mereka telah ke Pejabat Agama Tanah Rata pagi tadi.
Phewitt... sesekali bila Fiza mengenakan mekap, memang terserlah jelita gadis itu. Selalu dia hanya menyarungkan tudung tanpa sebarang oles bedak atau krim, tapi kali ni bila dia mengenakan tudung 3 layer ala butterfly Butik D’Jasmin ditambah dengan lipstik dan eye-shadow, memang nampak lainnya. Bila saje mereka keluar, Mail sudah ada di halaman rumah. Yang peliknya enjin kereta Encik Paris yang terpasang.
‘Kita gi denga Farih la, dio nok gi atek nak cari bare kopiuter.’
Haih, dah elok-elok janji nak pergi dengan Mail, kena pergi dengan Encik Paris pulak. Aduh, apasal la susah sangat nak ke Ipoh ni. Segan pulak dia nak menumpang kereta bos.
‘Segan la saya.’
Fiza segan? Aloyah apatah lagi.
‘Nak sege gapo gak, buleh naik keto besar. Kalu dok bilo lagi nak tera.’
Bukan itu masalahnya Mail...Tak faham perempuan sungguh Mail ni.
‘Jom, jom.’
Encik Paris keluar dari rumah dan masuk ke kereta. Aloyah berpandangan dengan Syafiza. Mahu tak mahu mereka bergerak menyertai Mail untuk ke Ipoh. Nak beli Wish ni lambat lagi, dapat naik pun jadilah. 30 minit perjalanan, kedengaran lagu ‘Tuhan Jagakan Dia’ berbunyi. Antara lagu kesukaan Aloyah yang didendangkan oleh Motif Band.
‘Ya, ya. I tengah drive ni. Nanti I call you balik.’
‘What? Dah habis? Kan baru je I bagi.’
‘Nantilah, nanti I call you lepas ni.’
‘Ok bye.’
Cakap dengan buah hati la tu. Walaupun menggunakan bluetooth earphone, segan barangkali Encik Paris nak bersembang panjang. Kalau tak pun takut pecah rahsia.
‘Korang nak ke mana dulu ni?’
‘Kawe nga Piza nak gi ko TESCO. Demo nak gi kuano?’
‘Kawe nk pergi ke PC Depot. Dekat dah tu dengan TESCO demo. Awak Loyah, nak ke mana?’
Pandai jugak mamat serius ni cakap Kelantan sikit-sikit. Besar sungguh pengaruh Mail...
‘Saya nak ke kedai kek. Dekat dengan The Store bandar.’
‘Saya tak tahu jalan ni, awak kena tunjukkan.’
‘Takpe, Mail tahu. Haritu kan kita dah pergi sana, dekat OUM tu. Kau tak ingat ke?’
‘Ingat, ingat. Kita gi situ dulu la Rih pah baru gi TESCO.’
Hampir 30 minit juga dari cabang empat Simpang Pulai sebelum sampai ke Wah Seng Sdn Bhd, kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek. Aloyah memang suka membeli barang kek di situ, semuanya ada. Kelas-kelas masakan juga ada cuma dia tidak berkesempatan lagi untuk mengikutinya. Buku catatan kek dibuka. Di dalamnya sudah ada senarai bahan-bahan yang di mahu. Syafiza menurutnya dari belakang. Mail dan Encik Paris juga turun dari kereta. Nak tengok apa yang ada katanya.
Papan kek, kotak, pisau plastik, filling, jem, acuan tart, cake slicer, walnut, gajus, hazelnut, coklat, serbuk almond, high protein flour, brown sugar, gula aising, gula castor, lilin, ovalette, chocolate rice, chocolate chips, badam, silicon mould, baking paper, paper liner, muffin cup, figurine angry bird, figurine ladybird, piping bag, berus silicon, milk chocolate bar, cooking chocolate bar dan  pewarna adalah antara yang dia mahu. Tangan Fiza dan tangannya penuh dengan barangan yang di beli. Mail yang melihat hanya menepuk dahi. Baru dia tahu bila perempuan bershopping.  Encik Paris pula menunggu berdekatan pintu. Di situ ada aircond, sejuk sikit.
Bila nak masukkan barang ke dalam kereta, Encik Paris mengunjukkan satu plastik.
‘Buatkan saya cheesecake macam hari tu.’
Eh, pandai pulak dia beli cream cheese. Kalau Aloyah biasanya dia beli brand Tatura aje, itupun di TESCO, harga lebih murah tapi kualiti tetap sama. Ni Encik Paris beli brand Philadelphia. Kalau dia takde la, mahal sangat. Sampai dua ketul kau...
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke TESCO. Syafiza yang memandang tersenyum lebar. Mengejek la tu!

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]